Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Community Policing Ipd Sepang

Diterbitkan: 10 Jun 2014 2.35 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Program 'Community Policing' Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang Bersama Masyarakat yang dijalankan pada hari ini,..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/community-policing-ipd-sepang
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 07:42 MYT

Sepang - 15 Mei 2010. 'Community Policing' Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang  Bersama Masyarakat dengan bertemakan 'Mencegah dan Memerangi Jenayah' telah dirasmikan oleh YDH DCP Dato' Khalid bin Abu Bakar, Ketua Polis Selangor pagi ini di Padang Awam Salak, Sepang, Selangor.

Hadir di majlis tersebut ialah YDH Supt. Zahedi bin Ayob, Ketua Polis Daerah Sepang merangkap Pengerusi Jawatankuasa Program 'Community Policing' Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang  Bersama Masyarakat, Ketua-Ketua Polis Daerah serta Pegawai-pegawai Kanan PDRM.

Turut hadir ialah YB Dato' Seri Ir. Mohd Zin bin Mohammed, Ahli Parlimen Sepang, YB Tuan Yap Eee Wah, Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Sg. Pelek, Y.Bhg Tuan Mohd Amin bin Ahmad Ahya, Pegawai Daerah Sepang, Y.Bhg. Tuan Azizan bin Mohd Sidin, Yang DiPertua Majlis Perbandaran Sepang, Y.Bhg Datuk-Datuk Penghulu Mukim Munik Sepang dan Labu/Dengkil, Wakil-wakil Komuniti Kawasan dan dif-dif jemputan.

Program 'Community Policing' Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang  Bersama Masyarakat yang dijalankan pada hari ini, bertetapan dengan konsep kerjasama komuniti, melibatkan gabungan dan kerjasama komuniti dan Balai Polis dari Bandar Baru Salak Tinggi, Sungai Pelek, Dengkil dan Putra Perdana.

Matlamat program yang bertemakan 'Mencegah Dan Memerangi Jenayah' ini ialah meningkatkan kerjasama dua hala antara polis dan masyarakat, mendidik dan melatih masyarakat  berkaitan aspek pencegahan jenayah, menggalakkan  masyarakat bekerjasama dengan polis dengan mendaftar dan menjadi ahli Rakan Cop dan juga memberi peluang kepada masyarakat mengenali dengan lebih dekat Pasukan Polis.

Program ini diharap akan dapat memberi ilmu pengetahuan tentang langkah-langkah Pencegahan Jenayah serta tindakan yang boleh dilakukan sekiranya mereka menjadi mangsa jenayah, memberi kesedaran kepada masyarakat tentang tanggungjawaab dan peranan yang perlu dimainkan dalam membantu pihak polis mencegah dan memerangi  jenayah.

Di Program 'Community Policing'  ini, Polis Diraja Malaysia menyediakan gerai-gerai pameran dari Pasukan Simpanan Persekutuan, Unik Forensik, JSJ Komersil, JSJ Narkotik, Muzium PDRM, Unit Berkuda, Skuadron 5 Kereta Perisai dan juga kaunter Rakan Cop. Selain itu beberapa gerai jualan seperti dari Permata Hijrah, Polly Motor, Laras Anjung, Cycle Point juga telah menarik pengunjung untuk hadir di Padang Awam Salak.

Pengunjung juga dihiburkan dengan persembahan dari Unit Berkuda PDRM, K9 PDRM, persembahan pancaragam Sek. Men. Keb. Seri Putri, SMK Cyberjaya dan juga Badan Seni Budaya PDRM. Acara Sukan Rakyat telah diadakan pada waktu petang untuk masyarakat Sepang dan juga pertandingan karaoke.

Community Policing Ipd Sepang
YDH DCP Dato' Khalid bin Abu Bakar, Ketua Polis Selangor menandatangani 'Plak' sempena perasmian Community Policing' Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang  Bersama Masyarakat.

Community Policing Ipd Sepang
Menyampaikan cenderahati kepada Y.Bhg Encik Wong Thian Yew, wakil Komuniti Kawasan Bandar Baru Salak Tinggi.

Community Policing Ipd Sepang
YDH Supt. Zahedi bin Ayob, Ketua Polis Daerah Sepang menyampaikan cenderamata kepada YDH DCP Dato' Khalid bin Abu Bakar, Ketua Polis Selangor.

Community Policing Ipd Sepang
Pancaragam Sekolah Seri Puteri, menyandang Anugerah Emas dari tahun 2002 sehingga 2009 dalam pertandingan 'Wind Orchestra' Sekolah-Sekolah Berasrama Penuh Kementerian Pelajaran Malaysia Peringkat Kebangsaan.

Community Policing Ipd Sepang
Persembahan menarik dari Badan Seni Budaya PDRM

Community Policing Ipd Sepang
Demo oleh Unit K9 PDRM bersama anggota dari IPD Sepang.

Community Policing Ipd Sepang
Tarian bertemakan 'One Malaysia' dari Sek. Men. Keb. Cyberjaya

Community Policing Ipd Sepang
Orang ramai dari pelbagai kaum hadir memeriahkan Program 'Community Policing' Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang.

Community Policing Ipd Sepang 
Pameran dari JSJ Komersil

Community Policing Ipd Sepang
Unit Forensik PDRM

Community Policing Ipd Sepang
Pendaftaran Rakan Cop...

Community Policing Ipd Sepang
Unit Berkuda...mencuri perhatian pengunjung yang datang

Community Policing Ipd Sepang
YDH DCP Dato' Khalid bin Abu Bakar mencuba motosikal jenis Can-Am, edaran Cycle Point

ArtikelDiterbitkan 10 Jun 2014 2.35 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM