Majlis Penutupan Kejohanan Bola Sepak Piala Kpn 2010
Seremban - 16 Mei 2010. Majlis Penutupan Kejohanan Bola Sepak Piala Ketua Polis Negara 2010 telah disempurnakan oleh YDH SAC I Dato' Osman bin Haji Salleh, Ketua Polis Negeri Sembilan di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, Seremban pada petang ini.
Hadir di Majlis Penutupan ialah YDH SAC II Dato' Abd Manan bin Mhd Hassan, Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan, YDH SAC II Dato' Roslan bin Ahmad, Komander PSP, DSP Aiyob bin Shaharuddin, Setiausaha Majlis Sukan PDRM serta Pegawai-pegawai Kanan PDRM.
Sebanyak 18 pasukan telah mengambil bahagian di Kejohanan Bola Sepak Piala Ketua Polis Negara 2010 yang berlangsung dari 11 Mei hingga 16 Mei 2010.
Pada petang ini, perlawanan akhir telah diadakan antara PULAPOL Kuala Lumpur bertemu dengan Briged Tengah PGA, Cheras. Di perlawanan akhir yang berlanjutan ke masa tambahan apabila kedua-dua pasukan terikat 1-1, sepakan penalti telah menentukan kejuaraan milik PULAPOL Kuala Lumpur dengan agregat 4-2.
Pasukan Negeri Sembilan dan Perlis pula telah diumumkan tempat Ketiga Bersama dan PULAPOL Air Hitam menyandang pasukan 'Fair Play'.

Pasukan Negeri Sembilan bertemu PULAPOL Kuala Lumpur di perlawanan separuh akhir

Cedera... adat permainan dalam bola sepak

Pemain Negeri Sembilan mengasak ke pintu gol PULAPOL Kuala Lumpur

Perlawanan akhir antara PULAPOL Kuala Lumpur bertemu Briged Tengah PGA

Pemain pasukan Briged Tengah PGA

Serba biru..PULAPOL Kuala Lumpur

Pemain Tebaik Kejohanan (putih) mencuba melepasi pemain PULAPOL Kuala Lumpur

Pemain PULAPOL Kuala Lumpur meraikan kemenangan setelah menang sepakan penalti

Pemain Briged Tengah PGA menerima pingat dari YDH Ketua Polis Negeri Sembilan

Juara Kejohanan Bola Sepak Piala Ketua Polis Negara 2010...PULAPOL Kuala Lumpur