Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Majlis Penutup Persidangan Pt D10 Bil 1 2009 Upacara Penyerahan Polilight Dan Kit Forensik

Diterbitkan: 09 Jun 2014 9.25 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Mensasarkan peningkatan penyelesaian kes dan menyelaraskan penugasan D10 disetiap kontinjen adalah merupakan antara objektif persidangan ini diadakan selain membincangkan pelbagai isu-isu...
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/majlis-penutup-persidangan-pt-d10-bil-1-2009-upacara-penyerahan-polilight-dan-kit-forensik
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 16:54 MYT

Kuala Lumpur - 4 Mac 2009. Majlis Penutup Persidangan PT D10 Bil. 1/2009 & Upacara Penyerahan Polilight dan Kit Forensik telah disempurnakan oleh YDH CP Datuk Seri Mohd Bakri bin Mohd Zinin, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah di Makmal Forensik Polis Diraja Malaysia.

Hadir di majlis tersebut ialah YDH SAC II Dato' Abdul Malek bin Haji Harun, Ketua Penolong Pengarah Forensik, YDH SAC II Dato' Johari bin Yahya, Ketua Penolong Pengarah (D9), Y.Bhg Dato' Ismail bin Abdullah, Pengerusi Syarikat Setanding Enterprise Sdn. Bhd., YDH Ketua-ketua Penolong Pengarah, Pegawai Turus D10 Kontinjen serta Pegawai-pegawai Kanan PDRM.

Mensasarkan peningkatan penyelesaian kes dan menyelaraskan penugasan D10 disetiap kontinjen adalah merupakan antara objektif persidangan ini diadakan selain membincangkan pelbagai isu-isu. Antaranya ialah pembentangan mengenai topik SOP CSI, isu-isu berkaitan balistik, aplikasi CSI Prime, peranan PT D10 Kontinjen, pembungkusan barang kes dan teknil pengambilan sampel DNA serta pengenalan dokumen digital ( Jenayah komputer dan audio/visual ).

Selain itu, ilmu mengenai teknik dan kaedah yang betul, yang perlu dilakukan oleh semua warga D10 ketika bertugas di tempat kejadian juga telah diperturunkan. Pihak Jabatan Kimia juga telah membentangkan topik mengenai isu semasa semasa pengendalian barang kes dari perspektif Jabatan Kimia Malaysia.

Sepanjang tahun 2008, Seksyen Tempat Kejadian (CSI) telah menjalankan 169 kes siasatan ditempat kejadian iaitu 56 kes bunuh, 11 kes cuba bunuh, 14 kes rogol/seksual, 6 kes samun bersenjata, 10 kes samun/samun berkawan, 18 kes pecah rumah, 4 kes culik, 10 kes senjatapi, 12 kes pengedaran dadah dan 28 lain-lain kes. Pada tempoh yang sama, sebanyak 1,517 kes yang melibatkan 18,352 pelbagai jenis eksibit kes-kes jenayah telah dihantar ke Makmal Forensik PDRM untuk dibuat pemeriksaan/analisis. Dalam tahun 2008 juga, pasukan Forensik Kontinjen telah menjalankan sejumlah 1,406 kes siasatan tempat kejadian jenayah.

Bagi melengkapkan kelengkapan Pasukan D10 Kontinjen, PDRM telah membeli sebanyak 17 set lengkap Kit Forensik yang dibekalkan oleh  Syarikat Setanding Enterprise. Setiap satu set Kit Forensik terdiri daripada Polilight, Kit B, Kit C, Kit D, Kit Liquid dan Loosen Item dan bernilai RM 198,000.

Pembekalan Polilight & Kit Forensik kepada semua 14 kontinjen pada hari ini merupakan sebahagian daripada rancangan PDRM untuk mempertingkatkan lagi prestasi siasatan ditempat kejadian jenayah peringkat kontinjen. Kit Forensik tersebut merupakan peralatan-peralatan yang diperlukan dalam siasatan tempat kejadian untuk mengesan, mengumpul, menanda dan merekodkan bahan-bahan bukti. Secara ringkasnya kegunaan Polilight dan Kit Forensik adalah untuk mengesan keterangan fizikal ditempat kejadian seperti kesan darah, kesan air mani, rambut fiber, kesan tapak kaki dan kasut, pengurusan tempat seksual, mengesan 'Gun Shot Residue'  dan sebagainya.

Sehubungan dengan itu, sebanyak 45 kursus/latihan akan diadakan dalam tahun 2009 oleh Makmal Forensik PDRM bagi memantapkan lagi pengetahuan pegawai-pegawai forensik, supaya dapat menjalankan penugasan ditempat kejadian mengikut kaedah saintifik yang lebih sistematik setaraf dengan lain-lain siasatan forensik diperingkat antarabangsa.

Sehubungan dengan itu juga, melalui program kerjasama bersama Japan Internasional Cooperation Agency (JICA), seorang pakar forensik Jepun, Encik Araki Masato telah ditempatkan di Makmal Forensik PDRM pada 2 Mac 2009.  Encik Araki yang pakar dalam bidang siasatan tempat kejadian jenayah dan cap jari akan berada di Makmal Forensik PDRM selama setahun. Tujuan penempatan beliau adalah bagi berkongsi maklumat, pengetahuan dan kepakaran siasatan forensik di antara Jepun dan Malaysia.

Majlis Penutup Persidangan Pt D10 Bil 1 2009 Upacara Penyerahan Polilight Dan Kit Forensik
YDH CP Datuk Seri Mohd Bakri bin Mohd Zinin, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah menandatangani Buku Pelawat

Majlis Penutup Persidangan Pt D10 Bil 1 2009 Upacara Penyerahan Polilight Dan Kit Forensik
dari kiri...YDH SAC II Dato' Johari bin Yahya, Ketua Penolong Pengarah (D9), YDH Datuk Seri Mohd Bakri bin Mohd Zinin, YDH SAC II Dato' Abdul Malek bin Haji Harun, Ketua Penolong Pengarah Forensik dan Y.Bhg Dato' Ismail bin Abdullah, Pengerusi Syarikat Setanding Enterprise Sdn. Bhd.

Majlis Penutup Persidangan Pt D10 Bil 1 2009 Upacara Penyerahan Polilight Dan Kit Forensik
Antara Pegawai Turus D10 Kontinjen di Majlis Penutup Persidangan PT D10 Bil. 1/2009

Majlis Penutup Persidangan Pt D10 Bil 1 2009 Upacara Penyerahan Polilight Dan Kit Forensik
Supt. Azahari bin Abdul Rahman dari PT D10 Makmal Forensik menerima dokumen  di Upacara Penyerahan Polilight dan Kit Forensik dari YDH Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah

Majlis Penutup Persidangan Pt D10 Bil 1 2009 Upacara Penyerahan Polilight Dan Kit Forensik
YDH SAC II Dato' Abdul Malek bin Haji Harun, Ketua Penolong Pengarah Forensik menyampaikan cenderahati kepada YDH CP Datuk Seri Mohd Bakri bin Mohd Zinin, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah

Majlis Penutup Persidangan Pt D10 Bil 1 2009 Upacara Penyerahan Polilight Dan Kit Forensik
Kit Forensik terdiri daripada Polilight, Kit B, Kit C, Kit D, Kit Liquid dan Loosen Item

Majlis Penutup Persidangan Pt D10 Bil 1 2009 Upacara Penyerahan Polilight Dan Kit Forensik
YDH CP Datuk Seri Mohd Bakri bin Mohd Zinin meluangkan masa mendengar penerangan kegunaan Kit Forensik

Majlis Penutup Persidangan Pt D10 Bil 1 2009 Upacara Penyerahan Polilight Dan Kit Forensik
Sesi Bergambar...

ArtikelDiterbitkan 09 Jun 2014 9.25 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM