Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Seminar Saudara Muslim Peringkat Pdrm Sempena Sambutan Bulan Dakwah Kebangsaan 1430 Hijrah

Diterbitkan: 09 Jun 2014 9.24 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Pelancarannya telah disempurnakan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada 19 Februari 2009 di Pusat Konvensyen Antarabangsa (PICC)Putrajaya dengan bertemakan 'Wardah Pemangkin Khaira Ummah..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/seminar-saudara-muslim-peringkat-pdrm-sempena-sambutan-bulan-dakwah-kebangsaan-1430-hijrah
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 17:18 MYT

Kuala Lumpur – 4 Mac 2009. Seminar Saudara Muslim Peringkat PDRM Sempena Sambutan Bulan Dakwah Kebangsaan 1430 Hijrah telah berlangsung di Dewan Sultan Haji Ahmad Shah, Maktab PDRM Kuala Lumpur pada hari ini.

 

Majlis Perasmian telah disempurnakan oleh YDH Tan Sri Ismail bin Haji Omar, Timbalan Ketua Polis Negara.

 

 

Turut hadir bersama ialah YDH CP Dato' Abdul Razak bin Haji Bokhari, Pengarah Pengurusan merangkap Pengerusi Jawatankuasa Induk Seminar Saudara Muslim Peringkat PDRM, YDH SAC I Shahbudin bin Abdul Wahab, Komandan Maktab PDRM Kuala Lumpur, YDH SAC II Dr. Hashim bin Haron, Timbalan Pengarah Pengurusan Agama dan Kaunseling (BAKA), YDH Dato'-Dato' Timbalan Pengarah PDRM, Pegawai-pegawai Kanan, Ahli Jawatankuasa Induk dan Ahli-ahli Jawatankuasa serta peserta-peserta seminar.

 

 

Seminar Saudara Muslim Peringkat PDRM Sempena Sambutan Bulan Dakwah Kebangsaan 1430 Hijrah adalah anjuran Jabatan Pengurusan, khasnya Bahagian Agama dan Kaunseling (BAKA).

 

Seminar Saudara Muslim Peringkat PDRM ini adalah salah satu program Sempena Sambutan Bulan Dakwah Kebangsaan 1430 Hijrah yang mana pelancarannya telah disempurnakan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada 19 Februari 2009 di Pusat Konvensyen Antarabangsa (PICC)Putrajaya dengan bertemakan "Wardah Pemangkin Khaira Ummah".

Seminar Saudara Muslim Peringkat PDRM ini merupakan satu pengisian aktiviti bulan dakwah yang bertujuan untuk mengeratkan ukhuwah dan mahabbah demi menyatupadukan saudara muslim dan ummah.

 

Peserta yang menghadiri Seminar Saudara Muslim Peringkat PDRM Sempena Sambutan Bulan Dakwah Kebangsaan 1430 Hijrah adalah seramai 350 orang yang terdiri daripada kalangan pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia.

 

 

Diseminar tersebut talah di adakan dua pembentangan kertas kerja yang bertajuk "Peranan Dan Tanggungjawab Saudara Muslim Selepas Memeluk Islam" oleh Encik Eizzul A'la bin Bajuri , Penolong Pengarah, Bahagian Penyelidikan JAKIM dan "Hak-hak Dan Permasalahan Saudara Muslim Dari Aspek Perundangan" oleh Puan Roslina binti Shafawi, Peguam Kanan Persekutuan, Bahagian Penasihat Undang-Undang JAKIM. Disamping itu, Forum yang bertajuk" Cabaran Dan Halangan Bagi Saudara Muslim "juga di adakan dengan Ahli Panel terdiri daripada Dr. Redhuan Tee Abdullah, Yuan Haji Mohd Fitri Abdullah, Puan Hajjah Mariam Abdullah dan moderator YDH ACP Muhammad Azlee Abdullah.

Seminar Saudara Muslim Peringkat Pdrm Sempena Sambutan Bulan Dakwah Kebangsaan 1430 Hijrah
Seminar Saudara Muslim Peringkat PDRM..dari kiri, YDH SAC I Shahbudin bin Abdul Wahab, Komandan Maktab PDRM Kuala Lumpur, YDH CP Dato' Abdul Razak bin Haji Bokhari, Pengarah Pengurusan, YDH Tan Sri Ismail bin Haji Omar, Timbalan Ketua Polis Negara, YDH DCP Dato' Acryl Sani bin Haji Abdullah Sani, Timbalan Pengarah Pengurusan (Latihan) dan YDH SAC II Dr. Hashim bin Haron, Timbalan Pengarah Pengurusan Agama dan Kaunseling

Seminar Saudara Muslim Peringkat Pdrm Sempena Sambutan Bulan Dakwah Kebangsaan 1430 Hijrah
Antara pegawai dan anggota yang hadir Seminar Saudara Muslim Peringkat PDRM

Seminar Saudara Muslim Peringkat Pdrm Sempena Sambutan Bulan Dakwah Kebangsaan 1430 Hijrah
Sesi pembentangan Kertas Kerja, bertajuk "Peranan Dan Tanggungjawab Saudara Muslim Selepas Memeluk Islam"

Seminar Saudara Muslim Peringkat Pdrm Sempena Sambutan Bulan Dakwah Kebangsaan 1430 Hijrah
Sidang Media oleh YDH Tan Sri Ismail bin Haji Omar, Timbalan Ketua Polis Negara

ArtikelDiterbitkan 09 Jun 2014 9.24 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM