Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Mendaki Gunung Angsi

Diterbitkan: 09 Jun 2014 9.26 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Pengajian luar kampus di Gunung Angsi, Ulu Bendul Kuala Pilah ini merupakan sebahagian daripada silibus pembelajaran kursus kaunseling..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/mendaki-gunung-angsi
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 20:44 MYT

Kuala Pilah - 7 Mac 2009. Seramai 30 orang yang terdiri daripada pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia yang sedang mengikuti pengajian Diploma Eksekutif Kaunseling di Universiti Malaya telah mengadakan sesi pengajian luar kampus di Gunung Angsi, Ulu Bendul Kuala Pilah.

Aktiviti dua hari yang bermula dari 6 Mac 2009 ini dijalankan bersama pihak Pusat Pendidikan Berterusan  Universiti Malaya (UMCced) yang diketuai oleh Prof. Madya Dr. Haslee Sharil Lim bin Abdullah, Dr. Ida Hartini binti Ahmed Tharbe bersama empat jurugambar dari Universiti Malaya

Hadir sama dengan peserta-peserta kursus ialah YDH ACP Rosniah binti Ramie, Ketua Penolong Pengarah (Latihan) merangkap Pegawai Penyelaras dan ASP Abu Bakar bin Kasjo, Penolong PT Kursus Luaran.

Gunung Angsi terletak di kawasan Hutan Rizab Angsi, Negeri Sembilan dan ketinggiannya ialah 820 meter (2700 kaki) dari aras laut. Gunung Angsi dikategorikan Hutan Dipterokarp Pamah. Rangkuman utama pokok di hutan ini terdiri daripada Dipterocarpaceae, Euphorbiaceae, Myrtaceae, Myristicaceae, Sapotaceae, Guttiferae, Flacourticeae dan Rubiaceae. Hutan ini mempunyai 3 lapisan iaitu lapisan rejang, lapisan utama dan lapisan bawah.

Pengajian luar kampus di Gunung Angsi, Ulu Bendul Kuala Pilah ini merupakan sebahagian daripada silibus pembelajaran kursus kaunseling. Di antara lain, program ini adalah untuk membentuk kumpulan dinamik, semangat kerjasama serta pembinaan minda para peserta selaras dengan kursus yang sedang dipelajari. Matlamat utama ialah menjurus kepada pembentukan dan penyediaan sebagai seorang kaunselor.

Peserta-peserta telah dibahagikan kepada empat kumpulan dan beberapa aktiviti berkumpulan telah dibina sejak mula sampai di Ulu Bendul. Kumpulan-kumpulan tersebut dipantau oleh pensyarah-pensyarah dari Universiti Malaya dan semua aktiviti-aktiviti telah direkod dalam bentuk gambar dan juga video, bagi membuat rumusan semasa pengajian yang akan datang.

Trek ke puncak Gunung Angsi sungguh mencabar ditambah lagi dengan hujan yang turun semasa menuruni puncak gunung. Laluan yang panjang serta mendaki, merentasi sungai dan memanjat menggunakan tali adalah satu cabaran mental dan fizikal kepada semua peserta. Untuk sampai ke puncak, peserta mengambil masa 5 jam lebih dan sampai ke bawah Hutan Lipur Ulu Bendul juga memakan masa 3 jam lebih.

Mendaki Gunung Angsi
Peserta-peserta Diploma Eksekutif Kaunseling bergambar kenangan di Masjid Bukit Aman sebelum bertolak ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

Mendaki Gunung Angsi
Peserta Diploma Eksekutif Kaunseling bergambar di Hutan Lipur Ulu Bendul sebelum aktiviti mendaki Gunung Angsi

Mendaki Gunung Angsi
Doa selamat dibacakan oleh SM Razali Sidek (dua dari kiri ) dari Cawangan Istiadat, Bukit Aman sebelum bermulanya aktiviti.

Mendaki Gunung Angsi
Antara laluan untuk sampai ke puncak Gunung Angsi...

Mendaki Gunung Angsi
Semangat kerjasama sesama peserta membantu rakan memanjat bukit menggunakan tali

Mendaki Gunung Angsi
Berjaya sampai ke puncak Gunung Angsi

Mendaki Gunung Angsi
Sesi kaunseling kelompok di puncak...

Mendaki Gunung Angsi
Kumpulan Yes Zer

Mendaki Gunung Angsi
Kumpulan Plastik Merah

Mendaki Gunung Angsi
Kumpulan Kijang

Mendaki Gunung Angsi
Kumpulan Geng Cu

Mendaki Gunung Angsi
Komando Vat 69 diketuai oleh Sarjan Ahmad Rosdi (dua dari kanan ) sebagai pasukan keselamatan dan perubatan bergambar bersama Prof. Madya Dr. Haslee Sharil Lim bin Abdullah
ArtikelDiterbitkan 09 Jun 2014 9.26 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM