Majlis Penganugerahan Kenaikan Pangkat Secara Medan
Subang Jaya - 18 Ogos 2010. Pada 28 Jun 2010, jam 7.00 petang, satu kejadian jenayah telah berlaku. Seorang lelaki Cina telah ditembak mati oleh seorang penjenayah di Jalan SP 2/6, Serdang Perdana, Seri Kembangan, Selangor. Ketika itu, Lans Koperal 138985 Hosin bin Senawi sedang menjalankan tugas di kawasan berhampiran telah terdengar bunyi tembakan dan segera bergegas ke kawasan tersebut. Sesampainya beliau di kawasan tersebut, beliau mendapati seorang lelaki Cina telah terbaring berlumuran darah dan seorang lagi memegang sepucuk pistol.
Pada masa tersebut, beliau
telah bertindak dengan cekap, berani dan tanpa menghiraukan keselamatan
diri telah mengejar penjenayah yang melarikan diri menaiki kenderaan
Proton Iswara sejauh 1 kilometer walaupun berhadapan dengan 4 das
tembakan ke arahnya.
Hasil
tindakan beraninya, penjenayah tersebut berjaya ditumpaskan dan
merampas 2 pucuk senjatapi iaitu sepucuk pistol semi auto jenis Stoger
Couger 8000 dan pistol Smith & Wesson .38 beserta 8 butir peluru
hidup 9mm dan 3 butir peluru.
Tren
jenayah masa kini di Malaysia lebih cenderung kepada tindakan-tindakan
yang ganas dan bersenjata di mana penjenayah ketika ini sanggup
menggunakan apa sahaja cara untuk melepaskan diri termasuk mengambil
tindakan untuk membunuh anggota polis dan orang awam. Mereka tidak lagi
teragak-agak untuk melepaskan tembakan ke arah anggota polis, menyerang
menggunakan senjata, merempuh kenderaan dan bertindak di luar batas
kemanusiaan.
Majlis
yang bersejarah pada pagi ini di Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya,
diadakan khas sebagai penghormatan dan pengiktirafan yang tertinggi oleh
pasukan dan negara kepada seorang anggota polis yang sanggup berkorban
jiwa dan raganya demi menegakkan kedaulatan undang-undang negara.
Anugerah
Kenaikan Pangkat Secara Medan, disampaikan oleh YDH Tan Sri Musa bin
Tan Sri Haji Hassan, Ketua Polis Negara pada pagi ini berdasarkan
kejayaan beliau menumpaskan seorang penjenayah yang mempunyai 12 rekod
jenayah lampau dan 3 rekod 'Wanted' dan membuktikan kepada masyarakat
dan negara bahawa beliau sanggup menggadai nyawanya, berkorban jiwanya
demi mendaulatkan undang-undang serta menunaikan tugas dan tanggungjawab
yang diamanahkan.
Hadir
di Majlis Penganugerahan Kenaikan Pangkat Secara Medan ialah YDH Dato'
Seri, Dato'-Dato' Pengarah PDRM, YDH DCP Dato' Khalid bin Abu Bakar,
Ketua Polis Selangor, YDH Dato'-Dato' Timbalan Pengarah PDRM,
Ketua-ketua Polis Daerah Kontinjen Selangor, Pegawai-pegawai kanan serta
anggota dan dif-dif jemputan.
"Saya
ingin mengingatkan para pegawai dan anggota yang menjalankan tugas
supaya mengekalkan integriti, jangan sekali-kali menyalahgunakan kuasa
dalam menjalankan tugas, jauhi daripada menerima rasuah, menyalahgunakan
kuasa dalam melaksanakan tugas serta lalai menjalankan tugas yang di
amanahkan" ucapan oleh YDH Ketua Polis Negara.
"Imej
PDRM akan tercalar disebabkan setitik dakwat hitam di atas sehelai kain
putih. Saya tidak mahu imej atau citra PDRM tercemar walaupun ramai
pegawai dan anggota PDRM yang banyak berjasa dan dedikasi untuk membawa
kejayaan dalam pelbagai aktiviti dan menjunjung imej negara Malaysia d
ke persada dunia".
"Sentiasa
berwaspada, berhati-hati dan tingkatkan kemahiran mempertahankan diri
semasa menjalankan tugas kerana pelbagai situasi dan keadaan yang tidak
boleh dijangka dan amat sukar diduga termasuk yang membahayakan diri
serta boleh mengancam nyawa akan berlaku pada bila-bila masa" akhiri
ucapan oleh YDH Ketua Polis Negara.
Di majlis ini juga, seramai lima orang anggota polis juga telah menerima Surat Penghargaan YDH Ketua Polis Negara.

YDH Tan Sri Musa bin Tan Sri Haji Hassan, Ketua Polis Negara membalas tabik 'Hormat Panglima' daripada Kawalan Kehormatan.

Pemeriksaan Kawalan Kehormatan...Perbarisan diketuai oleh Pegawai Pemerintah Baris, DSP Alexandra@Muhamad bin Dawan bersama 2 pegawai dan 102 orang anggota dari Pasukan Simpanan Persekutuan.

Antara Pegawai-pegawai Kanan PDRM yang hadir...

Ucapan oleh YDH Tan Sri Musa bin Tan Sri Haji Hassan, Ketua Polis Negara

Penerima Surat Penghargaan Ketua Polis Negara

L/Kpl 151584 Nik Mohd Fadli bin Nik Ali dari Cawangan MPV IPD Kajang menerima Surat Penghargaan

L/Kpl
138985 Hosin bin Senawi menerima Anugerah Kenaikan Pangkat Secara Medan
dari Lans Koperal ke Koperal, disematkan pangkat oleh YDH Ketua Polis
Negara.

Penerima-penerima Surat Penghargaan Ketua Polis Negara bergambar kenangan bersama YDH Ketua Polis Negara

Bergambar kenangan bersama YDH Ketua Polis Negara dan YDH Pengarah-Pengarah PDRM

Lans
Koperal 138985 Hosin bin Senawi menunjukkan pangkat yang di
anugerahkan oleh YDH Ketua Polis Negara kepada kedua-dua anaknya sambil
ditemani isterinya.