Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Majlis Sumbangan Hari Raya Kepada Pasukan Keselamatan Negara

Diterbitkan: 10 Jun 2014 3.21 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Pada tahun 2009, BAKTI telah menyumbangkan sebanyak 32,300 kotak juadah hari lebaran dan pada tahun ini, BAKTI telah menyediakan sebanyak 39,000 kotak..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/majlis-sumbangan-hari-raya-kepada-pasukan-keselamatan-negara
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 12:30 MYT

Petaling Jaya - 13 Ogos 2010. Setiap Bulan Ramadan, sebagai merakamkan tanda penghargaan serta terima kasih BAKTI   (Badan Amal dan Kebajikan Tenaga isteri-Isteri) kepada seluruh anggota keselamatan negara yang terpaksa bertugas jauh dari keluarga di sepanjang Bulan Ramadan dan terpaksa melupakan sambutan Aidil Fitri bersama keluarga demi tuntutan kerja, ahli BAKTI telah merealisasikan sumbangan kotak juadah hari lebaran kepada para anggota keselamatan pada pagi ini.

Bertempat di Bangunan BAKTI Siti Hasmah, YABhg. Datin Paduka Seri Rosmah binti Mansor, isteri YAB Perdana Menteri keenam Malaysia merangkap Yang Di Pertua BAKTI telah menyampaikan bungkusan kotak juadah hari lebaran di Majlis Penyerahan Sumbangan Hari Raya kepada Pasukan Keselamatan Negara.

Hadir sama di majlis tersebut ialah YABhg. Puan Sri Noorainee Abdul Rahman, Naib Yang Di Pertua BAKTI, YDH Tan Sri Musa bin Tan Sri Haji Hassan, Ketua Polis Negara dan YBhg. Puan Sri Juriah binti Dato' Haji Ahmad, YBhg. Jeneral Tan Sri Dato' Sri Azizan bin Ariffin, Panglima Angkatan Tentera dan YBhg. Puan Sri Datin Sri Norainee binti Abdul Rahim dan YBhg. Laksamana Datuk Mohamad Amdan bin Kurish, Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia dan YBhg. Datin Siti Zawiyah binti Ahmad.

Turut hadir ialah YABhg. Tun Dr. Siti Hasmah binti Haji Mohd Ali, Pengerusi Lembaga Pentadbir Bangunan BAKTI Siti Hasmah, YDH Tan Sri Ismail bin Haji Omar, Timbalan Ketua Polis Negara, YDH Dato'-Dato' Pengarah Polis Diraja Malaysia, YBhg. Panglima-Panglima Angkatan Tentera, Pegawai-pegawai Agensi Maritim Malaysia, Ahli-ahli BAKAT, PERKEP dan BAKTI.

BAKTI ditubuhkan pada tahun 1977, diuruskan oleh isteri-isteri Menteri Kabinet, Timbalan Menteri, Yang Dipertua dan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat dan Dewan Negara. Diketuai oleh isteri YAB Perdana Menteri Malaysia, BAKTI memberi fokus terhadap aktiviti kebajikan, menyalurkan bantuan kepada golongan kurang upaya, golongan miskin dan juga mangsa bencana alam.

Pada tahun 2009, BAKTI telah menyumbangkan sebanyak 32,300 kotak juadah hari lebaran dan pada tahun ini, BAKTI telah menyediakan sebanyak 39,000 kotak . Setiap kotak mengandungi empat jenis juadah iaitu serunding ayam, rendang daging, nasi impit serta kuah kacang.

Daripada jumlah itu, sebanyak 15,000 kotak akan disumbangkan kepada Angkatan Tentera Malaysia, manakala sebanyak 20,000 kotak akan diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia, iaitu penambahan sebanyak 5,000 kotak dari jumlah yang disumbangkan pada tahun 2009. Tidak dilupakan, BAKTI juga menyerahkan sebanyak 4,000 kotak kepada Agensi Penguatkuasaan Maritim yang bertugas mengawal perairan negara.

Majlis pembungkusan kotak-kotak juadah hari lebaran itu untuk Pasukan Keselamatan Negara telah diadakan pada 12 Ogos 2010 di Bangunan BAKTI Siti Hasmah yang terdiri daripada Ahli-ahli BAKAT yang turut dibantu oleh anggota PDRM, ATM, Maritim dan juga PERKEP serta BAKTI.

"Saya menyeru agar masyarakat kita mengikiskan sikap umpama 'kacang lupakan kulit', dan seharusnya memiliki sikap prihatin, selain rasa penuh empati dan berterima kasih kepada semua anggota keselamatan Negara. Ini kerana mereka sanggup mengorbankan masa berkualiti bersama keluarga dan sanak saudara dengan mengutamakan tugas demi kepentingan nusa dan bangsa, terutama sekali tatkala musim perayaan menjelang tiba", antara ucapan oleh YABhg. Datin Paduka Seri Rosmah binti Mansor.

"Tanpa mereka, sudah pasti Negara kita akan sentiasa terdedah dek ancaman pelbagai masalah keselamatan dan keamanan oleh anasir-anasir yang tidak bertanggungjawab yang akan mengambil kesempatan di musim perayaan terutamanya, sehingga boleh menjejaskan keamanan kita dalam menyambut hari perayaan kelak"

Ramadan Al-Mubaraq bulan Al-Quran
   Lailatul Qadar menjadi impian
Secebis sumbangan BAKTI hulurkan
   Sebagai penghargaan jasa dan pengorbanan

Majlis Sumbangan Hari Raya Kepada Pasukan Keselamatan Negara
dari kiri...YDH Tan Sri Musa bin Tan Sri Haji Hassan, Ketua Polis Negara, YABhg. Puan Sri Noorainee Abdul Rahman, Naib Yang Di Pertua BAKTI, YABhg. Datin Paduka Seri Rosmah binti Mansor, YBhg. Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Azizan bin Ariffin, Panglima Angkatan Tentera dan YBhg. Laksamana Datuk Mohamad Amdan bin Kurish, Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia

Majlis Sumbangan Hari Raya Kepada Pasukan Keselamatan Negara
Antara YDH Dato'-Dato' Pengarah PDRM dan isteri yang hadir

Majlis Sumbangan Hari Raya Kepada Pasukan Keselamatan Negara
(barisan hadapan) ...YBhg Dato'-Dato' Panglima Angkatan Tentera dan isteri

Majlis Sumbangan Hari Raya Kepada Pasukan Keselamatan Negara
YABhg. Datin Paduka Seri Rosmah binti Mansor menyampaikan bungkusan Hari Raya kepada YDH Ketua Polis Negara

Majlis Sumbangan Hari Raya Kepada Pasukan Keselamatan Negara
YABhg. Datin Paduka Seri Rosmah binti Mansor menyampaikan bungkusan Hari Raya kepada Y.Bhg Puan Sri Juriah binti Dato’ Haji Ahmad, Pengerusi PERKEP Malaysia

Majlis Sumbangan Hari Raya Kepada Pasukan Keselamatan Negara
Bungkusan Hari Raya kepada YDH Tan Sri Ismail bin Haji Omar, Timbalan Ketua Polis Negara

Majlis Sumbangan Hari Raya Kepada Pasukan Keselamatan Negara
YDH CP Dato' Abdul Razak din Haji Bokhari, Pengarah Pengurusan menerima bungKusan Hari Raya daripada YABhg. Datin Paduka Seri Rosmah binti Mansor

Majlis Sumbangan Hari Raya Kepada Pasukan Keselamatan Negara
YDH CP Dato' Hussin bin Ismail, Pengarah Jabatan KDN/KA

Majlis Sumbangan Hari Raya Kepada Pasukan Keselamatan Negara
YABhg. Datin Paduka Seri Rosmah binti Mansor melihat juadah yang terdapat didalam kotak bungkusan Hari Raya bersama-sama YDH Ketua Polis Negara, YBhg Panglima Angkatan Tentera Malaysia dan YBhg. Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia

ArtikelDiterbitkan 10 Jun 2014 3.21 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM