Artikel
Majlis Pelancaran Ops Sikap Xiii 2007 Ikon Ops Sikap
Majlis Pelancaran Ops Sikap XIII 2007 & Ikon Ops Sikap telah disempurnakan oleh YDH Tan Sri Musa bin Dato' Haji Hassan, Ketua Polis Negara di Dataran Bentong,...
Bentong - 4 Oktober 2007. Majlis
Pelancaran Ops Sikap XIII 2007 & Ikon Ops Sikap telah disempurnakan
oleh YDH Tan Sri Musa bin Dato' Haji Hassan, Ketua Polis Negara di
Dataran Bentong, Pahang.
Hadir di majlis tersebut ialah YB Dato' Liow Tiong Lai, Timbalan Menteri Belia dan Sukan merangkap Ahli Parlimen Bentong, Y.Bhg. Dato' Adnan bin Rofiee, Ketua Pegawai Operasi TM Retail, Malaysia Business TM, YDH CP Dato' Mustafa bin Abdullah, Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, YDH DCP Datuk Ayob bin MOhamed, Ketua Polis Pahang, YDH SAC II Tuan Haji Hamza bin Taib, Ketua Trafik Pasukan, Ketua-ketua Jabatan Kerajaan Persekutuan dan Negeri, Ketua-Ketua Polis Daerah, Dif-dif Jemputan dan Pegawai-pegawai Kanan PDRM.
Majlis pada hari ini adalah merupakan kali kedua upacara pelancaran kempen keselamatan jalanraya yang diadakan luar kuala lumpur, iaitu selepas Kuala Selangor pada tahun 2006. Diantara aktiviti kempen keselamatan kali ini adalah pengagihan Buku Maklumat Trafik yang mengandungi maklumat penting kepada pengguna jalanraya, peringatan melalui khutbah jumaat dan perjumpaan badan-badan agama, pengedaran pelekat-pelekat dengan mesej menjaga keselamatan, siaran statistik kemalangan jalanraya melalui media cetak dan elektronik serta poster-poster mengenai kemalangan di jalanraya.
Pada kali ini juga, PDRM akan menekankan 3 pendekatan baru yang diharapkan akan dapat menyedarkan masyarakat pengguna jalanraya, bahawa mereka sentiasa diawasi dan diperhati setiap masa oleh anggota PDRM. Pendekatan tersebut ialah melalui pemantauan bas secara penyamaran, membuat rondaan menyeluruh terutamanya di kawasan 'Accident Prone Area' dan pemantauan kamera litar tertutup (CCTV).
Majlis Pelancaran ini telah ditaja oleh Telekom Malaysia dimana Telekom Malaysia merupakan penaja utama untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti kempen keselamatan jalanraya disamping menunaikan tanggungjawab dan obligasi sosial kepada masyarakat.
Kuih Bangkit Tidak Berinti Lemang Pulut Sedap Dimakan
Tradisi Raya Setiap Hari Banyak Dijual Di lembah Keramat
Mengapa Padah Hendak Dicari Selamat Hari Raya PDRM Ucapkan
Destinasi Dituju Tidakkan Lari Pandulah Cermat Jiwakan Selamat

Majlis Pelancaran Ops Sikap XIII 2007 & Ikon Ops Sikap...dari kiri, Y.Bhg. Dato' Adnan Rofiee,Ketua Pegawai Operasi TM Retail, Malaysia Business TM, YDH Tan Sri Musa Dato' Haji Hassan, Ketua Polis Negara dan YB Dato' Liow Tiong Lai, Timbalan Menteri Belia dan Sukan

Prihatin untuk keselamatan...YDH Tan Sri Musa Dato' Haji Hassan, Ketua Polis Negara dan YB Dato' Liow Tiong Lai, Timbalan Menteri Belia dan Sukan memakaikan topi keledar kepada pembonceng cilik motosikal