Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Majlis Pelancaran Kempen Keselamatan Jalanraya Dan Majlis Berbuka Puasa Media Prima Bhd

Diterbitkan: 09 Jun 2014 2.51 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.49 PM
Pelbagai langkah pencegahan sudah diambil oleh pelbagai pihak untuk mengurangkan jumlah kemalangan maut yang berlaku semasa musim perayaan, namun sentiasa meningkat..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/majlis-pelancaran-kempen-keselamatan-jalanraya-dan-majlis-berbuka-puasa-media-prima-bhd
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 11:24 MYT

Selangor - 01 Oktober 2007. Majlis Pelancaran Kempen Keselamatan Jalanraya Dan Berbuka Puasa Media Prima Bhd telah diadakan di Lobi Sri Pentas, Bandar Utama, Petaling, Selangor.

Hadirdi majlis tersebut, YDH Tan Sri Musa bin Dato' Haji Hassan Ketua Polis Negara, Y.Bhg. Dato' Abdul Mutalib Datuk Seri Mohamed Razak, Pengerusi Media Prima Berhad, Y.Bhg. Dato' Suret Singh Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan Jalanraya Malaysia, Y.Bhg. Dato' Farid Ridzuan Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Media Prima, YDH Pengarah Pengurusan PDRM , YDH Ketua Polis Kuala Lumpur, YDH Ketua Trafik Pasukan, Dif-dif jemputan, Pegawai-pegawai Kanan PDRM, warga Media Prima Bhd serta anggota PDRM.

Pelbagai langkah pencegahan sudah diambil oleh pelbagai pihak untuk mengurangkan jumlah kemalangan maut yang berlaku semasa musim perayaan, namun sentiasa meningkat sehingga jumlahnya amat mengerunkan. Statistik menunjukkan, seramai 30,892 orang rakyat Malaysia telah menemui ajal di jalanraya dalam tempoh limaa tahun, iaitu dari 2002 hingga 2006. Mengikut Statistik Ops Sikap IX yang dijalankan semasa musim perayaan Aidil Fitri 2005, jumlah kemalangan sebanyak 13,661, jumlah kemalangan maut 212 dan kematin seramai 233 orang. Statistik Ops Sikap XI semasa musim perayaan Aidil Fitri 2006, jumlah kemalangan sebanyak 15,716, kemalangan maut 213 dan kematian seramai 228 orang.

Menyedari hai ini, Media Prima Berhad mengadakan kempen keselamatan jalanraya musim perayaan tahun ini dengan tagline "Kepulangan untuk dirai, bukan ditangisi' yang disempurnakan oleh Ketua Polis Negara. Tujuan utama mengadakan kempen ini ialah untuk membantu Polis Diraja Malaysia dalam mengajak pengguna jalanraya supaya lebih berhati-hati, mematuhi segala peraturan dan bertimbang rasa serta berhemah terutama di musim perayaan.

Pada majlis tersebut juga, Majlis Berbuka Puasa Media Prima turut diadakan untuk meraikan wargakerja Media Prima Berhad, Persatuan Anak-Anak yatim dan Miskin Gombak dan Mahad Tahfiz Al-Munawarah Kemensah, Hulu Kelang. Anak-anak yatim dan miskin ini menerima sumbangan daripada Tabung TV3 Bersamamu sambil tetamu dihiburkan dengan persembahan daripada Yasin, Akhbar, Bienda, Nirwana dan Fauziah Gambus.

Disamping itu, hadirin juga boleh menderma kepada Tabung Dapur dan Gafur yang diedarkan oleh barisan personaliti seperti Azizah Ariffin, Zakiah Anas, Zainal Arifin dan juga barisan artis yang hadir.

Majlis Pelancaran Kempen Keselamatan Jalanraya Dan Majlis Berbuka Puasa Media Prima Bhd
Gimik... Majlis Pelancaran Kempen Keselamatan Jalanraya Dan Majlis Berbuka Puasa Media Prima Bhd yang disempurnakan oleh YDH Tan Sri Musa bin Dato' Haji Hassan,Ketua Polis negara.

Majlis Pelancaran Kempen Keselamatan Jalanraya Dan Majlis Berbuka Puasa Media Prima Bhd
Kepulangan Untuk dirai, bukan ditangisi...dari kiri, Y.Bhg.Dato' Suret Singh Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan Jalanraya Malaysia, YDH Tan Sri Musa bin Dato' Haji Hassan Ketua Polis Negara, Y.Bhg. Dato' Abdul Mutalib Datuk Seri Mohamed Razak, Pengerusi Media Prima Berhad dan personaliti TV3, Zakiah Anas

ArtikelDiterbitkan 09 Jun 2014 2.51 AMDikemas kini 15 Aug 2026 7.49 PM