Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Kpn Berbuka Bersama Warga Briged Tengah Pga

Diterbitkan: 09 Jun 2014 2.52 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.49 PM
Cheras – 4 Oktober 2007. Ketua Polis Negara telah menghadiri Majlis Berbuka Puasa dan Penyampaian Sumbangan Raya kepada anak-anak yatim anjuran Briged Tengah Pasukan Gerakan Am (PGA), Cheras, Selangor..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kpn-berbuka-bersama-warga-briged-tengah-pga
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 13:23 MYT

Cheras - 4 Oktober 2007. Ketua Polis Negara telah menghadiri Majlis Berbuka Puasa dan Penyampaian Sumbangan Raya kepada anak-anak yatim anjuran Briged Tengah Pasukan Gerakan Am (PGA), Cheras, Selangor yang dilangsung di Masjid Al-Amin.

Inspektor Jeneral Tan Sri Musa Dato Hj Hassan meluangkan masa berbuka puasa seterusnya berjemaah menunaikan sembahyang Maghrib, Isyak dan bertarawih serta witir bersama warga Briged Tengah PGA.

Pada majlis yang sama Tan Sri Musa turut menyampaikan sumbangan raya kepada anak-anak yatim dari Pusat Nur Hikmah Taman Mesra, Kajang Selangor.

Turut hadir pada majlis itu ialah Deputi Inspektor Jeneral Tan Sri Mohd Najib Abdul Aziz Timbalan Ketua Polis Negara, Dato’ Mustafa Abdullah Pengarah Jabatan KDN/KA dan Dato Salleh Mat Rasid Komander Briged Tengah PGA.

Kpn Berbuka Bersama Warga Briged Tengah Pga
Tan Sri Musa Dato' Hj Hassan, Ketua Polis Negara dan Dato' Salleh Mat Rasid Komander Bridged Tengah PGA (baju merah) menyampaikan sumbangan raya kepada anak-anak yatim dari Pusat Nur Hikmah Taman Mesra, Kajang, Selangor.

Kpn Berbuka Bersama Warga Briged Tengah Pga
Tan Sri Musa Dato' Hj Hassan, Ketua Polis Negara dan Dato' Salleh Mat Rasid Komander Bridged Tengah PGA (baju merah) bermesra dengan tetamu yang hadir di majlis tersebut.

ArtikelDiterbitkan 09 Jun 2014 2.52 AMDikemas kini 15 Aug 2026 7.49 PM