Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Majlis Pelancaran Kempen Pencegahan Jenayah

Diterbitkan: 09 Jun 2014 2.55 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.48 PM
Majlis Pelancaran Kempen Pencegahan Jenayah Pecah Rumah Sempena Musim Perayaan 2007 Peringkat Kontinjen Pahang..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/majlis-pelancaran-kempen-pencegahan-jenayah
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 12:08 MYT

Kuantan - 07 Oktober 2007. Majlis Pelancaran Kempen Pencegahan Jenayah Pecah Rumah Sempena Musim Perayaan 2007 Peringkat Kontinjen Pahang telah dirasmikan oleh YB. Dato' Fu Ah Kiow, Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri merangkap Ahli Parlimen Kuantan di Atrium 1, Kuantan Parade, Pahang.

Hadir di majlis tersebut, YDH Datuk Ayob bin Mohamed, Ketua Polis Pahang, YDH Dato' Robiah binti Abdul Ghani, Timbalan Ketua Polis Pahang, Ketua-ketua Jabatan PDRM, Ketua-Ketua Polis Daerah, Pegawai-pegawai Kanan PDRM, Dif-dif jemputan serta masyarakat setempat.

Kempen Pencegahan Jenayah  ini diadakan bagi menanam, memupuk dan meningkatkan kesedaran masyarakat tentang peranan mereka dalam memerangi jenayah. Selain itu, ianya akan dapat merapatkan lagi kerjasama yang telah terjalin antara masyarakat dan polis. Selain itu, objektif program ini ialah meningkatkan keyakinan masyarakat terhadap kemampuan pihak polis dalam menangani jenayah dan sebagainya dalam konteks 'service delivery' PDRM Pahang kepada masyarakat. Ianya juga akan dapat mendidik masyarakat agar bersama-sama memerangi jenayah, penyalahgunaan dadah termasuk masalah sosial.

Program ini juga diharap dapat meningkatkan keyakinan masyarakat terhadap kemampuan pihak polis dalam menangani jenayah, meringankan beban pihak polis dengan menyerahkan sebahagian tanggungjawab menjaga keamanan/ketenteraman kepada masyarakat dan mewujudkan perasaan tanggungjawab bersama (Shared responsibility) dalam menangani masalah jenayah.

Di majlis ini juga, Pejabat Ahli Parlimen Kuantan telah menyumbangkan sebanyak 20 papan iklan 'Bersama Mencegah Jenayah' yang akan dipasangkan disekitar Negeri Pahang. Majlis ini juga dimeriahkan dengan gimik pelancaran oleh Unit Tindakan Khas (UTK) yang diketuai  oleh DSP M.V. Serikumar bersama anggota dan juga dari Unit Udara PDRM. Selain itu dipertontonkan kecekapan Unit Tindakan Cepat (UTC) Kontinjen Pahang bersama bantuan dari anggota Skim Ronda Sukarelawan (SRS) menangkap penjenayah yang memecah masuk rumah. Diakhir majlis, YB Dato' Fu Ah Kiow dengan diiringi YDH Datuk Ayob bin Mohamed telah melawat gerai-gerai pameran dari Cawangan Trafik, Hal Ehwal Awam, Jabatan Narkotik, Jabatan Siasatan Jenayah dan Jabatan Siasatan Jenayah Komersil.

Majlis Pelancaran Kempen Pencegahan Jenayah
Gimik Pelancaran...YB Dato' Fu Ah Kiow, Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri merangkap Ahli Parlimen Kuantan menerima skrol 'Pelancaran Kempen Pencegahan Jenayah Sempena Musim Perayaan 2007'

Majlis Pelancaran Kempen Pencegahan Jenayah
YDH Datuk Ayob bin Mohamed, Ketua Polis Pahang menerima replika 'Bersama Mencegah Jenayah' daripada YB. Dato' Fu Ah Kiow, Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri

ArtikelDiterbitkan 09 Jun 2014 2.55 AMDikemas kini 15 Aug 2026 7.48 PM