Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Briged Sarawak Pga Sertai Misi Unmit Di Timor Leste

Diterbitkan: 09 Jun 2014 2.54 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.48 PM
Kuching – 5 Oktober 2007. Seramai 140 pegawai dan anggota dari pelbagai pangkat Briged Sarawak Pasukan Gerakan Am (PGA) telah dipilih menyertai Misi Pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di ..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/briged-sarawak-pga-sertai-misi-unmit-di-timor-leste
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 16:45 MYT

Kuching - 5 Oktober 2007. Seramai 140 pegawai dan anggota dari pelbagai pangkat Briged Sarawak Pasukan Gerakan Am (PGA) telah dipilih menyertai Misi Pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Timor Leste. Mereka berlepas ke Timor Leste dari Pangkalan Unit Udara Polis Wilayah Sarawak Kuching.

Mereka akan menjalankan tugas di Balai-balai Polis di Timor Leste bagi membantu menjaga keamanan di antara enam hingga 12 bulan.

Inspektor Jeneral Tan Sri Musa Dato Hj. Hassan Ketua Polis Negara telah meluangkan masa meraikan pegawai dan anggota yang menyertai misi tersebut dengan menghadiri Majlis Berbuka Puasa dan Penyampaian Sumbangan Raya di Masjid Mujahiddin, Tabuan Jaya Kuching.

Pada majlis itu, Tan Sri Musa telah menyampaikan bungkusan raya dan menunaikan sembahyang Maghrib, Isyak dan sunat Tarawih serta witir bersama-sama warga polis Kontinjen Sarawak.

Tan Sri Musa turut meluangkan masa bersahor dan menunaikan sembahyang suboh berjemaah bersama-sama pegawai dan anggota serta keluarga yang menyertai misi itu sebelum mereka berlepas ke Timor Leste di Pangkalan Unit Udara Polis Wilayah Sarawak.

Dato Mustafa Abdullah Pengarah KDN/KA, Dato Abdul Rahman Hussin pemangku Pesuruhjaya Polis Sarawak dan SAC II Law Hong Soon Komander Briged Sarawak PGA serta SAC II A. Thaiveegan Ketua Jabatan Pengurusan Kontinjen Sarawak di antara yang hadir.

Briged Sarawak Pga Sertai Misi Unmit Di Timor Leste
Tan Sri Musa Dato' Hj Hassan Ketua Polis Negara bersama-sama pegawai dan anggota bergambar kenangan sebelum mereka berlepas ke Timor Leste menyertai Misi Pengaman PBB di sana.

ArtikelDiterbitkan 09 Jun 2014 2.54 AMDikemas kini 15 Aug 2026 7.48 PM