Majlis Berbuka Puasa Pdrm Bersama Ketua Polis Negara
Bukit Aman - 08 Oktober 2007. Majlis Berbuka Puasa Bersama Ketua Polis Negara telah diadakan di Masjid Bukit Aman.
Hadir di majlis tersebut, YDH Tan Sri Musa bin Dato' Haji Hassan, Ketua Polis Negara bersama Y.Bhg. Puan Sri Juriah bt. Dato' Ahmad, YDH Tan Sri Mohd Najib bin Abdul Aziz, Timbalan Ketua Polis Negara bersama Y.Bhg. Puan Sri Fatimah bt. Hamid, YDH Pengarah-Pengarah PDRM bersama isteri, YDH Timbalan-timbalan Pengarah PDRM, Ketua-ketua Polis Negeri, Pegawai-pegawai kanan serta anggota PDRM.
Aturcara majlis dimulai dengan berbuka puasa, solat fardhu maghrib, jamuan makan malam, solat fardhu isyak, solat sunat tarawih dan witir. Di majlis itu juga, YDH Ketua Polis Negara telah menyampaikan sumbangan sebanyak RM 4,450 kepada Pengerusi Jawatankuasa Pentadbir Masjid , untuk tabung masjid Bukit Aman. Sumbangan tersebut adalah lebihan dari sumbangan setiap jabatan PDRM untuk menjayakan majlis berbuka puasa ini.

dari kanan...YDH Tan Sri Mohd Najib bin Abdul Aziz, Timbalan Ketua Polis Negara, YDH Tan Sri Musa bin Dato' Haji Hassan, Ketua Polis Negara dan Y.Bhg Dato' Shahril bin Shamsudin, Presiden/CEO Sapura.

YDH Tan Sri Musa bin Dato' Haji Hassan, Ketua Polis Negara menyampaikan sumbangan untuk tabung masjid kepada YDH SAC I Dato' Hj. Zamri bin Yahya, Ketua Penolong Pengarah E2, merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pentadbir Masjid.