Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Majlis Pelancaran Kempen Keselamatan Jalanraya Anda Bijak Anda Selamat

Diterbitkan: 09 Jun 2014 6.13 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.47 PM
Kempen Keselamatan Jalanraya 'Anda Bijak Anda Selamat' ini bertujuan menyemai dan mendidik golongan muda, terutamanya pelajar-pelajar sekolah..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/majlis-pelancaran-kempen-keselamatan-jalanraya-anda-bijak-anda-selamat
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 07:02 MYT

Pusat Konvensyen Kuala Lumpur  (KLCC) - 17 April 2008. Polis Diraja Malaysia dan Public Bank bersetuju untuk bekerjasama bagi membantu menangani sebahagian masalah 'Mat Rempit' di kalangan belia di negara ini melalui  Kempen Keselamatan Jalanraya 'Anda Bijak Anda Selamat'- satu usaha sama Tanggungjawab Sosial Korporat PDRM-Public Bank.

Hadir sama di majlis tersebut ialah YDH CP Dato' Hussin bin Haji Ismail, Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, YDH CP Dato' Koh Hung Sun, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, YDH DCP Dato' Muhammad Sabtu bin Osman, Ketua Polis Kuala Lumpur, YDH SAC II Dato' Haji Hamza bin Taib, Ketua Trafik Pasukan, YDH Timbalan-Timbalan Pengarah PDRM, Pegawai-pegawai Kanan PDRM dan juga Pegawai-pegawai dan kakitangan-kakitangan Public Bank.

Kempen tersebut dilancarkan hari ini oleh YDH IG Tan Sri Musa bin Dato' Haji Hassan, Ketua Polis Negara di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur dan disaksikan oleh Y.Bhg. Tan Sri Dato' Sri Dr Teh Hong Piow, Pengasas dan Pengerusi Public Bank dengan lebih 1,000 tetamu termasuk pelajar-pelajar sekolah dari 20 buah sekolah di Lembah Kelang.

Kempen Keselamatan Jalanraya 'Anda Bijak Anda Selamat' ini bertujuan menyemai dan mendidik golongan muda, terutamanya pelajar-pelajar sekolah dan bekas pelajar sekolah mengenai pentingnya penggunaan dan pematuhan kepada peraturan-peraturan keselamatan jalanraya. Beberapa program akan dilancarkan di seluruh negara bersempena dengan kempen tersebut termasuk pengedaran 50,000 naskah buku kecil 'Panduan Maklumat Pengguna Jalanraya' ke sekolah-sekolah melalui Kementerian Pelajaran. Buku panduan ini mendedahkan kepada pembaca-pembaca muda mengenai akibat-akibat buruk kerana melanggar undang-undang.

Semasa pelancaran tersebut, YDH IG Tan Sri Musa bin Dato' Haji Hassan dan Y.Bhg. Tan Sri Dato' Sri Dr Teh Hong Piow menyatakan bahawa golongan belia di negara ini memerlukan sokongan yang kuat daripada semua pihak, keluarga, sekolah dan masyarakat untuk memberi mereka panduan yang sempurna kerana mereka adalah aset negara di masa hadapan.

Justeru adalah diharapkan bahawa pelancaran Kempen Keselamatan Jalanraya 'Anda Bijak Anda Selamat' ini akan menimbulkan kesedaran di kalangan golongan muda dan masyarakat mengenai pentingnya keselamatan dan pematuhan undang-undang, sekali gus menangani beberapa masalah sosial yang melandaa negara pada masa ini.

Di majlis pelancaran ini telah dilancarkan lagu tema, pertunjukan video khas, persembahan sketsa oleh Helmi The Gimik, persembahan oleh kombo Trafik IPK KL dan juga pameran & demontrasi keselamatan jalan raya

Majlis Pelancaran Kempen Keselamatan Jalanraya Anda Bijak Anda Selamat
Majlis Pelancaran Kempen Keselamatan Jalanraya 'Anda Bijak Anda Selamat'...YDH IG Tan Sri Musa bin Dato' Haji Hassan, Ketua Polis Negara bersama  Y.Bhg. Tan Sri Dato' Sri Dr Teh Hong Piow, Pengasas dan Pengerusi Public Bank di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur

Majlis Pelancaran Kempen Keselamatan Jalanraya Anda Bijak Anda Selamat
Gimik pelancaran...YDH IG Tan Sri Musa bin Dato' Haji Hassan, Ketua Polis Negara bersama YDH ACP Hj. A Wahab bin A. Raman, Ketua Trafik Kuala Lumpur 

Majlis Pelancaran Kempen Keselamatan Jalanraya Anda Bijak Anda Selamat 
Buku kecil 'Panduan Maklumat Pengguna Jalanraya' akan diedarkan ke sekolah-sekolah melalui Kementerian Pelajaran

Majlis Pelancaran Kempen Keselamatan Jalanraya Anda Bijak Anda Selamat
YDH Ketua Polis Negara menyerahkan 'Panduan Maklumat Pengguna Jalanraya' kepada wakil-wakil sekolah.
Majlis Pelancaran Kempen Keselamatan Jalanraya Anda Bijak Anda Selamat
Kumpulan Koir dari PDRM dan Public Bank

ArtikelDiterbitkan 09 Jun 2014 6.13 AMDikemas kini 15 Aug 2026 7.47 PM