| Cheras
- 2 Julai 2008. Majlis Pelancaran Eksesais Bersatu Aman 1/2008 antara
Polis Diraja Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia telah di adakan di
Maktab Polis Diraja Malaysia, Kuala Lumpur, Cheras.
Hadir
di majlis tersebut ialah YDH IG Tan Sri Dato' Seri Musa bin Dato' Haji
Hassan, Ketua Polis Negara, YDH Tan Sri Ismail bin Haji Omar, Timbalan
Ketua Polis Negara, YDH Pengarah-pengarah Jabatan PDRM,
Timbalan-timbalan Pengarah, Komandan Maktab PDRM Kuala Lumpur serta
Pegawai-pegawai Kanan PDRM. Turut hadir ialah Y.Bhg. Jeneral Tan Sri
Dato' Seri Haji Abdul Aziz bin Haji Zainal, Panglima Angkatan Tentera
Malaysia serta Panglima-panglima tertinggi ATM dari Tentera Laut, Udara
dan Darat serta pegawai-pegawai kanan ATM.
Eksesais
yang julung-julung kalinya di adakan oleh kedua-dua pihak, adalah bagi
mengembeling tenaga dalam menangani situasi ketenteraman awam didalam
negara ini. Telah tiba masanya pihak PDRM dan ATM bersama-sama
berganding bahu dan bekerjasama dalam erti kata semangat setiakawan
dalam menyusun dan merancang strategi dalam melaksanakan tugas dan
mengekalkan ketenteraman awam seperti yang digariskan didalam Public
Order Manual (POMAN) 1971.
Eksesais
Bersatu Aman Siri 1/2008 yang akan bermula pada tarikh 2 Julai 2008
hingga 7 Julai 2008 yang menggunakan pendekatan Mapping Excercise
(MAPEX) dan Command Post Excercise (CPX), melibatkan kawasan
tanggungjawab di Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya.
Objektif Eksesais Bersatu Aman Siri 1/2008 adalah :-
* Menilai tahap Interoperability dalam aspek pengoperasian antara PDRM dan ATM
* Mengukur tahap kesiapsiagaan PDRM dan ATM dari aspek kemahiran, kesesuaian perundangan dan kelengkapan peralatan logistik
* Menguji keberkesanan dari aspek perintah, kawalan, komunikasi dan pertukaran serta penyaluran maklumat risikan
Antara
ucapan oleh YDH Tan Sri Dato' Seri Musa bin Dato' Haji Hassan, Ketua
Polis Negara, beliau berharap dengan kerjasama PDRM dan ATM dalam
eksesais ini akan dapat menguji kemampuan, ketangkasan, koordinasi dan
persefahaman mengenai aspek logistik dan personel dalam menghadapi
situasi ketenteraman awam pada masa kini dan akan datang.  Perasmian...YDH
IG Tan Sri Dato' Seri Musa bin Dato' Haji Hassan, Ketua Polis Negara
bersama Y.Bhg. Jeneral Tan Sri Dato' Seri Haji Abdul Aziz bin Haji
Zainal, Panglima Angkatan Tentera Malaysia melafazkan perasmian bersama
Eksesais Bersatu Aman Siri 1/2008 
Bertukar-tukar dokumen Eksesais Bersatu Aman 
Menyematkan
'arm band Kontroler'' kepada YDH ACP Mohd Shahrizan bin Che Mat Din dan
Y.Bhg. Brig Jen. Dato' Hj. Md Azman bin Hj. Rosli 
Antara Pegawai-pegawai kanan PDRM dan ATM yang hadir 
Petugas-petugas dari Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields  Taklimat...Y.Bhg.
Brig Jen. Dato' Hj. Md Azman bin Hj. Rosli, Panglima 11 Briged
menyampaikan taklimat ringkas situasi Eksesais Bersatu Aman Siri 1/2008 |