Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Sedetik Nostalgia Sejambak Kasih Serungkai Budi Pprpd Kontinjen Perak

Diterbitkan: 09 Jun 2014 6.12 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.47 PM
Majlis yang di adakan ini adalah untuk mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada tetamu kehormat yang terdiri daripada mantan Pengerusi-Pengerusi PPRPD Kontinjen Perak..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/sedetik-nostalgia-sejambak-kasih-serungkai-budi-pprpd-kontinjen-perak
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 19:22 MYT

Ipoh, Perak. 15 April 2008. Majlis Sedetik Nostalgia, Sejambak Kasih, Serungkai Budi, Persatuan Pegawai Rendah Polis Diraja Malaysia (PPRPD) Kontinjen Perak telah di adakan di Hotel Excelsior Ipoh, Perak.

Majlis 'Hi-Tea' yang di adakan ini adalah untuk mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada tetamu kehormat yang terdiri daripada mantan Pengerusi-Pengerusi PPRPD Kontinjen Perak dan mantan Setiausaha PPRPD Malaysia .

Majlis ini di adakan bertujuan untuk memberi penghargaan di atas sumbangan, jasa dan khidmat yang telah dicurahkan dan mengeratkan hubungan serta mengembalikan nostalgia semasa menerajui dan memimpim PPRPD Perak.

Majlis dimulai dengan bacaan doa selamat, nyanyian lagu Polis Sedia Berkhidmat, Deklemasi Sajak bertajuk 'Untuk Apa Perjuangan ini' dan 'Pahlawan', penyampaian cenderahati dan ucapan balas tetamu kehormat dan di akhiri oleh nyanyian lagu persatuan ' Berbakti' .

BERBAKTI
Lirik olehS/Insp Mohd Rozi- Pengerusi PPRPD Kontinjen Kedah
Timbalan Ketua Polis Balai
balai Polis Kota Setar
Alor Setar, Kedah

Persatuan Polis Diraja
Membela nasib warga semua
Dengan harapan keluarga bahgia
Hidup aman sejahtera

Biar panas membakar diri
Semangat jati luhur dan suci
Itulah tanda amalan murni
Menjadi tunggak pegangan kami

* Perjuangan demi perjuangan
Kita harungi satu persatu
Kami berbakti tiada henti
Selagi kita teguh berdiri

Biar panas membakar diri
Rela rebah dimedan bakti
Demi pemimpin kami sanjungi
Itu tanda sedia kami

Lafaz ikrar taat setia
Rela berkorban setiap masa
Darah mengalir semangat wira
Demi bangsa agama dan negara (2x)

Bersatu...Berjuang...Berbakti...

Sedetik Nostalgia Sejambak Kasih Serungkai Budi Pprpd Kontinjen Perak
Antara ahli-ahli Persatuan Pegawai Rendah Polis Diraja Malaysia Kontinjen Perak yang hadir.

Sedetik Nostalgia Sejambak Kasih Serungkai Budi Pprpd Kontinjen Perak
kiri...S/Insp Norraji bin Rojo, Pengerusi PPRPD Perak menyampaikan cenderahati kepada S/Insp (bersara) 31483 Tuan Haji Ahmad bin Lebai Ali. Salah seorang perintis penubuhan PULAPOL Air Hitam, pernah menerajui PPRPD Kontinjen Perak pada tahun 1992. Beliau masih menyumbangkan bakti kepada masyarakat dan dilantik sebagai imam dan guru tahmir di tempat beliau menetap sekarang.
Sedetik Nostalgia Sejambak Kasih Serungkai Budi Pprpd Kontinjen Perak
S/Insp (bersara) 30711 Tuan Haji Yahya bin Hamzah, Pengerusi PPRPD Kontinjen Perak dari tahun 1986-1997. Beliau adalah salah seorang yang memperjuangkan Perkhidmatan dan Kebajikan Anggota Konstabel Tambahan semasa pembubaran Unit Kawalan Kawasan (UKK). Badan Kebajikan dan Khairat Kematian yang dinikmati sekarang adalah hasil perjuangan PPRPD dibawah kepimpinan beliau.
Sedetik Nostalgia Sejambak Kasih Serungkai Budi Pprpd Kontinjen Perak
S/Insp (bersara) 50403 Tuan Haji Che Ilias bin Haji Che Mat, menjawat jawatan Pengerusi PPRPD Kontinjen Perak dari tahun 1997 hingga 2007. Perintis kepada penubuhan Pasukan Komando 69 dan mempunyai payung terjun sayap emas, repalling dan War Combat Medic Specialist. Beliau adalah seorang pemimpin yang bersuara lantang dan berani mengenengahkan isu-isu berkaitan dengan masalah dan kebajikan anggota pangkat rendah.
Sedetik Nostalgia Sejambak Kasih Serungkai Budi Pprpd Kontinjen Perak
Sjn (bersara) 54786 Hashim bin Kasim, menjadi Setiausaha PPRPD Malaysia dari tahun 1985 hingga 2003. Beliau adalah penggerak kepada kejayaan PPRPD, antaranya reka bentuk pakaian uniform yang dipakai sekarang, Skim Perkhidmatan PRP dan Konstabel, bantuan elaun sewa rumah dan lain-lain kemudahan yang dinikmati sekarang.
Sedetik Nostalgia Sejambak Kasih Serungkai Budi Pprpd Kontinjen Perak
Tetamu yang dirai bergambar kenangan bersama Pengerusi dan Ahli-Ahli Jawatankuasa PPRPD Kontinjen Perak.

ArtikelDiterbitkan 09 Jun 2014 6.12 AMDikemas kini 15 Aug 2026 7.47 PM