Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Majlis Pelancaran Dan Anugerah Balai League Table Balai Polis Puchong Membawa Pulang Rm50 500

Diterbitkan: 10 Jun 2014 2.58 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Program Balai League Table (BLT) yang diilhamkan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia ini akan memberikan rangsangan dan dorongan kepada semua Ketua Polis Negeri dan Ketua-Ketua Polis Daerah serta Ketua..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/majlis-pelancaran-dan-anugerah-balai-league-table-balai-polis-puchong-membawa-pulang-rm50-500
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 05:54 MYT

Putrajaya - 14 Julai 2010. Majlis Pelancaran dan Anugerah Jadual Liga Balai (Balai League Table) telah disempurnakan oleh YB Dato' Seri Hishammuddin bin Tun Hussein, Menteri Dalam Negeri di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada pagi ini.

Hadir di majlis pelancaran tersebut ialah YB Dato' Lee Chee Leong, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Y.Bhg. Dato' Sri Mahmood bin Adam, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, YDH Tan Sri Musa bin Tan Sri Haji Hassan, Ketua Polis Negara dan YDH Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Timbalan Ketua Polis Negara.

Hadir sama ialah Y.Bhg Timbalan-timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Ketua-ketua Pengarah Rela dan JPAM, YDH Dato' Seri dan Dato'-Dato' Pengarah PDRM, Dato'-Dato' Pesuruhjaya dan Ketua-Ketua Polis Negeri, Ketua-ketua Polis Daerah, Ketua-ketua Polis Balai serta Pegawai-pegawai Kanan Kementerian Dalam Negeri dan tetamu jemputan.

Majlis ini adalah untuk meraikan kejayaan PDRM dan lain-lain agensi dalam merealisasikan salah satu inisiatif Petunjuk Prestasi Utama Negara (NKPI) yang telah digariskan di bawah salah satu  daripada enam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) ke arah peningkatan kepuasan masyarakat terhadap prestasi Polis Diraja Malaysia.

Balai League Table (BLT) merupakan pertandingan untuk menentukan Balai Polis cemerlang yang ditumpukan kepada dua elemen utama iaitu kemampuan balai untuk menurunkan kadar Jenayah Indeks dan inisiatif balai untuk melaksanakan penambahbaikan dalam aktiviti pencegahan jenayah.

Di bawah inisiatif ini, sebanyak 753 buah Balai Polis di seluruh negara telah menjalani proses penilaian dan diberikan ranking dalam setiap empat (4) bulan, berasaskan kepada tahap purata Jenayah Indeks bagi tiga (3) bulan pertama dan juga peratus penambahbaikan yang dicapai dalam menurunkan kadar jenayah bagi bulan seterusnya.

Kesemua Balai-balai Polis tersebut akan dibahagikan kepada 5 kategori yang sedia ada iaitu Balai Polis kategori A, B, C, D dan E. Balai-balai Polis terlibat akan bertanding dalam kategori masing-masing yang telah ditetapkan.

Kategori A - 63 Balai
Kategori B - 89 Balai
Kategori C - 116 Balai
Kategori D - 261 Balai
Kategori E - 224 Balai

Program Balai League Table yang diilhamkan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia ini akan memberikan rangsangan dan dorongan kepada semua Ketua Polis Negeri dan Ketua-Ketua Polis Daerah  serta Ketua-Ketua Polis Balai untuk bersama-sama menggembleng tenaga dan minda ke arah menurunkan kadar Jenayah Indeks di kawasan pentadbiran balai masing-masing.

Selain itu, BLT juga adalah pelaksanaan tugas berasaskan budaya saing melalui penetapan petunjuk prestasi yang dapat diterapkan dikalangan warga PDRM. Ianya akan mendorong Ketua Polis Negeri, Ketua-Ketua Polis Daerah serta Ketua-Ketua Polis Balai untuk memainkan peranan dalam meningkatkan produktiviti/pencapaian berasaskan sasaran-sararan yang ditetapkan.

Ganjaran yang diberikan kepada Johan, Naib Johan dan tempat Ketiga dalam setiap kategori ialah:-

- RM 500 seorang untuk Balai Johan
- RM 300 seorang untuk Balai Naib Johan
- RM 200 seorang untuk Balai tempat Ketiga

Selain itu Balai Polis yang menang juga akan menerima Sijil Penghargaan yang diberikan kepada setiap warga balai dan juga Sijil Penghargaan kepada Balai Polis itu.

Keputusan pemenang Balai League Table ialah :-

Kategori A

Johan - Balai Polis Puchong, IPD Subang Jaya, Selangor
Naib Johan - Balai Polis Petaling Jaya, IPD Petaling Jaya, Selangor
Ketiga - Balai Polis Kota Bharu, IPD Kota Bharu, Kelantan

Kategori B

Johan - Balai Polis Sungai Senam, IPD Ipoh, Perak
Naib Johan - Balai Polis Pandamaran, Klang Selangor
Ketiga - Balai Polis CPS Sibu, Sibu Sarawak

Kategori C

Johan - Balai Polis Simpang Rengam, Kluang Johor
Naib Johan - Balai Polis Senai, Kulai Jaya, Johor
Ketiga - Balai Polis Gurun Kuala Muda, Kedah

Kategori D

Johan - Balai Polis Belaga, Sarawak
Naib Johan -Balai Polis Asajaya IPD Kota Samarahan, Sarawak
Ketiga - Balai Polis Wakaf Bharu, IPD Tumpat Kelantan

Kategori E

Johan - Balai Polis Air Hitam, Kubang Pasu, Kedah
Naib Johan - Balai PolisSimpang Ampat, Alor Gajah, Melaka
Ketiga - Balai Polis Taman Pasir Putih Seri Alam, Johor

Majlis Pelancaran Dan Anugerah Balai League Table Balai Polis Puchong Membawa Pulang Rm50 500
Gimik pelancaran Balai League Table...

Majlis Pelancaran Dan Anugerah Balai League Table Balai Polis Puchong Membawa Pulang Rm50 500
SM Rossali bin Osman, Ketua Polis Balai Simpang Empat, Alor Gajah menerima anugerah daripada YB Menteri Dalam Negeri, Naib Johan Kategori E

Majlis Pelancaran Dan Anugerah Balai League Table Balai Polis Puchong Membawa Pulang Rm50 500
Johan Kategori E, SM Saidin bin Ibrahim, Ketua Polis Balai Air Hitam, Kubang Pasu berjaya membawa pulang RM 8,000.00

Majlis Pelancaran Dan Anugerah Balai League Table Balai Polis Puchong Membawa Pulang Rm50 500
Dengan kekuatan anggota seramai 16 orang, Balai Polis Belaga Sarawak telah merangkul Johan dalam Kategori D

Majlis Pelancaran Dan Anugerah Balai League Table Balai Polis Puchong Membawa Pulang Rm50 500
SM Md. Tamsir bin Kosnin, Ketua Polis Balai Simpang Rengam, Johor berjaya membawa pulang RM 10,000, Johan Balai Polis Kategori C

Majlis Pelancaran Dan Anugerah Balai League Table Balai Polis Puchong Membawa Pulang Rm50 500
ACP Shafie bin Ismail, Ketua Polis Daerah dan ASP Mordani bin Tamin, Ketua Polis Balai CPS Sibu, Sarawak yang mempunyai 87 anggota dan 3 kakitangan awam berjaya merangkul tempat Ketiga, anugerah Balai Polis Kategori B

Majlis Pelancaran Dan Anugerah Balai League Table Balai Polis Puchong Membawa Pulang Rm50 500
C/Insp Mohd Rushdam bin Mohd Yusoff bersama anggotanya seramai 57 orang berjaya menjadi Naib Johan, Kategori B

Majlis Pelancaran Dan Anugerah Balai League Table Balai Polis Puchong Membawa Pulang Rm50 500
Johan Kategori B, Balai Polis Sungai Senam, IPD Ipoh dibawah pentadbiran C/Insp Vised a/l Chai Tong dan ACP Azizman bin Alias, Ketua Polis Daerah Ipoh.

Majlis Pelancaran Dan Anugerah Balai League Table Balai Polis Puchong Membawa Pulang Rm50 500
Naib Johan Kategori A, Balai Polis Petaling Jaya, diketuai oleh C/Insp Ahmad bin Awang Ishak, yang mempunyai kekuatan 182 orang termasuk 4 kakitangan awam.

Majlis Pelancaran Dan Anugerah Balai League Table Balai Polis Puchong Membawa Pulang Rm50 500
Diketuai oleh ACP Zainal Rashid bin Abu Bakar, Ketua Polis Daerah dan C/Insp Lokman bin Ahmad, Ketua Polis Balai  Puchong yang berada di bawah pentadbiran IPD Subang Jaya, dengan kekuatan seramai 101 orang termasuk 2 kakitangan awam berjaya merangkul RM 50,500.00 selaku Johan dalam Kategori A

Majlis Pelancaran Dan Anugerah Balai League Table Balai Polis Puchong Membawa Pulang Rm50 500
YB Dato' Seri Hishammuddin bin Tun Hussein, Menteri Dalam Negeri bersama YDH Ketua Polis Negara dan YDH Timbalan Ketua Polis Negara bergambar kenangan bersama pemenang-pemenang Anugerah Jadual Liga Balai (Balai League Table)

ArtikelDiterbitkan 10 Jun 2014 2.58 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM