Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Majlis Tilawah Al Quran Peringkat Bukit Aman Tahun 1431h 2010m

Diterbitkan: 10 Jun 2014 2.57 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Majlis Tilawah Al-Quran yang diadakan pada pagi ini bukan sahaja bertujuan untuk mencari seorang wakil qari dan qariah untuk mewakili Bukit Aman ke majlis Tilawah Al-Quran Peringkat PDRM tetapi juga a..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/majlis-tilawah-al-quran-peringkat-bukit-aman-tahun-1431h-2010m
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 19:21 MYT

Bukit Aman - 13 Julai 2010. Bertemakan 'Memantap Ukhwah, Memperkasa Ummah',  Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Bukit Aman telah berlangsung di Dewan Serbaguna, Masjid Bukit Aman pada pagi ini, 1 Syaaban 1431 Hijrah bersamaan 13 Julai 2010.

Majlis Perasmian Tilawah Al-Quran Peringkat Bukit Aman telah disempurnakan oleh YDH CP Dato' Haji Zul Hasnan Najib bin Baharudin, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik dan Y.Bhg Datin Sharifah Aini binti Syed Bab, yang mewakili YDH Tan Sri Musa bin Tan Sri Haji Hassan, Ketua Polis Negara.

Hadir sama di majlis tersebut ialah YDH CP Dato' Haji Mohamad Fuzi bin Harun, Pengarah Pasukan Petugas Khas, YDH DCP Dato' Nooryah binti Md Anvar, Timbalan Pengarah 1 JSJ Komersil, YDH SAC  Dato' Hj. Zamri bin Yahya, Pengerusi Masjid Bukit Aman, Superintendan Haji Ghazali bin Daud, Pengerusi Jemaah Hakim, Dif-dif jemputan serta Pegawai-pegawai Kanan, anggota serta kakitangan awam Bukit Aman.

Majlis Tilawah Al-Quran yang diadakan pada pagi ini bukan sahaja bertujuan untuk mencari seorang wakil qari dan qariah untuk mewakili Bukit Aman ke majlis Tilawah Al-Quran Peringkat PDRM tetapi juga adalah berhasrat untuk meningkatkan mutu bacaan Al-Quran di kalangan peserta dan juga dapat memberi manfaat kepada hadirin yang hadir supaya dapat menghayati kandungan ayat-ayat suci tersebut.

Sesungguhnya Al-Quran merupakan kitab mukjizat yang sewajarnya mesti dimartabatkan oleh setiap umat Islam. Membaca Al-Quran merupakan semulia-mulia ibadah sebagaimana dinyatakan oleh hadis Rasulullah S.A.W yang diriwayatkan oleh Abu Na'im yang bermaksud "Amal Ibadah Yang Paling Afdal Ialah Membaca Al-Quran".

"Sesiapa Yang Membaca Satu Huruf Dari Kitab ALLAH, ALLAH Akan Menulis Baginya Satu Hasanah (Kebaikan), Satu Hasanah Itu Pula Akan Digandakan Sepuluh Kali Ganda Sepertinya" (Riwayat Al-Bukhari dari Ibnu Mas'ud).

"Kitab suci Al-Quran yang diturunkan oleh Allah S.W.T mengandungi sebahagian besarnya ayat-ayat Munakahat dan yang lainnya adalah ayat-ayat Mutasyabihat. Ayat Munakahat merupakan pokok isi Al-Quran. Bentuk ayatnya tetap, tegas, nyata maknanya dan jelas maksudnya. Sebagai hamba Allah S.W.T, kita patut beriman bahawa semua itu datang dari Allah S.W.T dan mengambil pengajaran dari Al-Quran sebagai pedoman hidup seorang mukmin" (Surah Al-Imran ayat 1, Juzuk 3)

Seramai 5 orang qari dan 5 orang qariah telah memperdengarkan bacaan mereka pada pagi ini. Keputusan telah diumumkan oleh Superintendan Haji Ghazali bin Daud, Pengerusi Jemaah Hakim.

 Johan Qari                  Encik Mohd Izani bin   Ibrahim                     Markah 73%                  
 Naib Johan   SI Hj. Mohd Tahir bin Malik   Markah 70% 
 Ketiga   Encik Issyam Hadey bin Ishak   Markah 69% 
 Johan Qariah  Puan Roosni binti Harudin   Markah 64%  
 Naib Johan   Hjh Sumiah binti Hj. Mistan     Markah 63%
 Ketiga      SM Sa'adiah binti Hj. Md Dewi      Markah 59%
                    
Majlis Tilawah Al Quran Peringkat Bukit Aman Tahun 1431h 2010m
Bacaan Al-Quran oleh adik Muhammad Amirul bin Khalid, Johan Qari Kategori Kanak-Kanak, Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA)

Majlis Tilawah Al Quran Peringkat Bukit Aman Tahun 1431h 2010m
Ucapan Perasmian oleh Pengarah JSJ Narkotik yang mewakili Ketua Polis Negara

Majlis Tilawah Al Quran Peringkat Bukit Aman Tahun 1431h 2010m
Y.Bhg Datin Sharifah Aini binti Syed Bab bersama tetamu muslimah yang hadir..

Majlis Tilawah Al Quran Peringkat Bukit Aman Tahun 1431h 2010m
Antara yang hadir di  Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Bukit Aman

Majlis Tilawah Al Quran Peringkat Bukit Aman Tahun 1431h 2010m
Persembahan Khas Penceritaan oleh adik Mohd Azri bin Abdul wahid, Johan Pertandingan Bercerita Kanak-Kanak Peringkat KAFA Wilayah Persekutuan

Majlis Tilawah Al Quran Peringkat Bukit Aman Tahun 1431h 2010m
Persembahan Nasyid oleh Kumpulan Nasyid Soutul BAKA

Majlis Tilawah Al Quran Peringkat Bukit Aman Tahun 1431h 2010m
Johan Qari Tilawah Al-Quran Peringkat Bukit Aman, Encik Mohd Izani bin Ibrahim dari Unit Udara PDRM.

Majlis Tilawah Al Quran Peringkat Bukit Aman Tahun 1431h 2010m
Naib Johan Qari...SI Haji Mohd Tahir bin Malik dari Jabatan Pengurusan

Majlis Tilawah Al Quran Peringkat Bukit Aman Tahun 1431h 2010m
Johan Qariah memperdengarkan bacaan kepada hadirin yang hadir

Majlis Tilawah Al Quran Peringkat Bukit Aman Tahun 1431h 2010m
Penyampaian cenderahati kepada Pengerusi Jemaah Hakim

Majlis Tilawah Al Quran Peringkat Bukit Aman Tahun 1431h 2010m
Naib Johan Qariah, Hajjah Sumiah binti Haji Mistan

Majlis Tilawah Al Quran Peringkat Bukit Aman Tahun 1431h 2010m
YDH SAC Dato' Hj. Zamri bin Yahya, Pengerusi Masjid Bukit Aman menyampaikan cenderahati kepada YDH CP Dato' Haji Zul Hasnan Najib bin Baharudin, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik
ArtikelDiterbitkan 10 Jun 2014 2.57 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM