Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Perasmian Program Diploma Pengurusan Keselamatan Untuk Anggota Polis Diraja Malaysia

Diterbitkan: 10 Jun 2014 3.00 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Sejajar dengan inisiatif PDRM untuk menambah pengetahuan dan kelayakan para anggotanya, program diploma ini memberikan peluang yang cerah kepada anggota-anggota PDRM untuk meningkatkan kelayakan merek..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/perasmian-program-diploma-pengurusan-keselamatan-untuk-anggota-polis-diraja-malaysia
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 23:40 MYT

Cheras - 15 Julai 2010. Perasmian Program Diploma Pengurusan Keselamatan (Diploma Security Management) untuk anggota Polis Diraja Malaysia dengan usahasama  antara Kolej Saito dan PDRM telah berlangsung di Dewan Perdana, Ibu Pejabat Briged Tengah PGA, Cheras, Kuala Lumpur pada petang ini.

Program Diploma Pengurusan Keselamatan ini adalah diakreditasikan oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), setaraf dengan diploma biasa dari Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA), bagi maksud lantikan ke dalam Perkhidmatan Awam.

Program Diploma Pengurusan Keselamatan yang julung-julung kali diadakan ini boleh disempurnakan oleh anggota-anggota PDRM dalam masa 2 tahun dan akan dikendalikan sepenuh masa pada hujung minggu dan di sebelah petang pada hari Isnin-Jumaat. Pendekatan ini dibuat adalah bertujuan untuk mengurangkan sebarang gangguan kepada tugas harian mereka.

Sejajar dengan inisiatif PDRM untuk menambah pengetahuan dan kelayakan para anggotanya, program diploma ini memberikan peluang yang cerah kepada anggota-anggota PDRM untuk meningkatkan kelayakan mereka dengan satu kursus yang lebih relevan dalam bidang kerja.

Untuk menggalakkan dan membantu anggota PDRM, Kolej Saito menawarkan biasiswa dalam bentuk geran kewangan sebanyak RM 7,500.00 kepada pelajar yang mendaftar untuk sesi pertama. Pihak Kolej Saito juga akan membantu pelajar dari PDRM untuk mendapatkan pinjaman penuh dari PTPTN atau bank rakyat untuk yuran pengajian.

Seramai 53 orang pelajar telah mendaftar dengan Kolej Saito untuk mengikuti Diploma Pengurusan Keselamatan, terdiri daripada anggota dari  Briged Tengah, PGA Cheras, Pasukan Simpanan Persekutuan Kuala Lumpur, Maktab PDRM Kuala Lumpur, PULAPOL, IPD Kajang dan juga IPD Cheras. Bilik kuliah pula akan diadakan di Briged Tengah PGA, Cheras.

Majlis Perasmian telah disempurnakan oleh YDH SAC Dato' Rosli bin Mohd Nizam, Komander Briged Tengah PGA, Cheras.

Hadir dimajlis tersebut ialah Y.Bhg Datuk Mustafa bin Abd Hamid, Pengarah Eksekutif Kolej Saito, Y.Bhg Datuk Kamaruddin bin Mohd Ismail, Ketua Pensyarah Kolej Saito, YDH SAC Dato' Yong Lei Choo, Penolong Pengarah Cawangan Khas (Seksyen Penyelidik dan Keurusetiaan), Pegawai-pegawai Kanan PDRM serta pensyarah-pensyarah dan kakitangan Kolej Saito.

Perasmian Program Diploma Pengurusan Keselamatan Untuk Anggota Polis Diraja Malaysia
Majlis Perasmian Program Diploma Pengurusan Keselamatan (Diploma Security Management) di Briged Tengah PGA, Cheras.

Perasmian Program Diploma Pengurusan Keselamatan Untuk Anggota Polis Diraja Malaysia
Ucapan YDH Ketua Polis Negara yang dibaca oleh  YDH SAC Dato' Rosli bin Mohd Nizam, Komander Briged Tengah PGA, Cheras

Perasmian Program Diploma Pengurusan Keselamatan Untuk Anggota Polis Diraja Malaysia
 YDH SAC Dato' Rosli bin Mohd Nizam menandatangani plak perasmian

ArtikelDiterbitkan 10 Jun 2014 3.00 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM