Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Majlis Pelancaran Community Policing Unit Sukarelawan Kempen Pencegahan Jenayah Chow Kit

Diterbitkan: 10 Jun 2014 2.53 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Dengan penubuhan program 'Community Policing' serta Unit Sukarelawan Kempen Pencegahan Jenayah yang dilaksanakan secara agresif di kawasan Chow Kit ini akan memberikan masyarakat setempat lebih priha..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/majlis-pelancaran-community-policing-unit-sukarelawan-kempen-pencegahan-jenayah-chow-kit
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 16:06 MYT
Kuala Lumpur - 30 Jun 2010.  Majlis Pelancaran Community Policing & Unit Sukarelawan Kempen Pencegahan Jenayah Chow Kit, Kuala Lumpur telah disempurnakan oleh YDH ACP Mohamad Zulkarnain bin Abdul Rahman, Ketua Polis Daerah Dang Wangi pada pagi ini.
 
Turut hadir ialah Superintenden  Nor Azman bin Muhammad Yusuf, Timbalan Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Y.Bhg Tuan Haji Baharim bin Razak, Pengerusi Persatuan Peniaga Kecil Melayu Wilayah Persekutuan, Pengerusi-Pengerusi Persatuan Peniaga/Penjaja Kawasan Chow Kit, Pegawai-pegawai Kanan dan anggota serta peniaga-peniaga sekitar Chow Kit.

'Program Masyarakat Bersama Polis' yang julung kalinya diadakan di Chow Kit ini adalah satu pendekatan yang diambil oleh pihak Polis Kuala Lumpur dalam memupuk minat masyarakat membantu pihak polis dalam pencegahan jenayah. Disamping usaha mendekatkan polis dengan masyarakat secara berterusan, ia juga memastikan konsep 'Community Policing'  yang ingin disampaikan dapat diterima dan difahami. Program ini juga merupakan salah satu inisiatif yang telah digariskan dalam NKRA (Bidang Keberhasilan Utama Negara).

Usaha memberi kesedaran bahawa pencegahan jenayah adalah tanggungjawab bersama ini adalah satu konsep 'empowerment' untuk meningkatkan penglibatan masyarakat dalam pencegahan jenayah. Dengan penubuhan program 'Community Policing' serta  Unit Sukarelawan Kempen Pencegahan Jenayah yang dilaksanakan secara agresif di kawasan Chow Kit ini akan memberikan masyarakat setempat lebih prihatin dan berganding bahu bersama-sama memerangi jenayah dan mengekalkan keselamatan dan keharmonian komuniti di sini.

"Kalau kita lihat, di kawasan Chow Kit terdapat pelbagai bangsa dan agama, malahan dua buah Balai Polis iaitu induk dan komuniti disediakan, saya yakin tahap keselamatan disini dapat dipertingkatkan selepas ini" kata YDH ACP Mohamad Zulkarnain bin Abdul Rahman semasa ucapan merasmikan Pelancaran Community Policing & Unit Sukarelawan Kempen Pencegahan Jenayah Chow Kit.

"Oleh itu saya mohon setiap penjaja di sini dapat menyalurkan maklumat berhubung apa saja jenayah yang berlaku dan maklumat diberikan itu tertakluk pada Akta Rahsia" katanya.

Di majlis tersebut juga, YDH ACP Mohamad Zulkarnain bin Abdul Rahman telah menyampaikan Sijil Perlantikan kepada seramai 100 orang Ahli Unit Sukarelawan Kempen Pencegahan Jenayah.

Majlis Pelancaran Community Policing Unit Sukarelawan Kempen Pencegahan Jenayah Chow Kit
Ketibaan YDH ACP Mohamad Zulkarnain bin Abdul Rahman, Ketua Polis Daerah Dang Wangi.

Majlis Pelancaran Community Policing Unit Sukarelawan Kempen Pencegahan Jenayah Chow Kit
Ucapan Perasmian Pelancaran Community Policing & Unit Sukarelawan Kempen Pencegahan Jenayah Chow Kit.

Majlis Pelancaran Community Policing Unit Sukarelawan Kempen Pencegahan Jenayah Chow Kit
Antara Ahli Unit Sukarelawan Kempen Pencegahan Jenayah Chow Kit, Kuala Lumpur

Majlis Pelancaran Community Policing Unit Sukarelawan Kempen Pencegahan Jenayah Chow Kit
Gimik pelancaran...

Majlis Pelancaran Community Policing Unit Sukarelawan Kempen Pencegahan Jenayah Chow Kit
 YDH ACP Mohamad Zulkarnain bin Abdul Rahman bergambar kenangan bersama Y.Bhg Tuan Haji Baharim bin Razak, Pengerusi Persatuan Peniaga Kecil Melayu Wilayah Persekutuan (dua dari kanan) dan Pengerusi-Pengerusi Persatuan Peniaga/Penjaja Kawasan Chow Kit

Majlis Pelancaran Community Policing Unit Sukarelawan Kempen Pencegahan Jenayah Chow Kit
Persembahan yang  menarik pengunjung yang hadir, pertunjukkan T-Baton dari Balai Dang Wangi

Majlis Pelancaran Community Policing Unit Sukarelawan Kempen Pencegahan Jenayah Chow Kit
Mengesan dadah yang disembunyikan dalam beg...persembahan oleh Unit K-9

Majlis Pelancaran Community Policing Unit Sukarelawan Kempen Pencegahan Jenayah Chow Kit
Menyampaikan Sijil Perlantikan kepada Puan Rashidah bt Kasin, Ahli Unit Sukarelawan Kempen Pencegahan Jenayah

Majlis Pelancaran Community Policing Unit Sukarelawan Kempen Pencegahan Jenayah Chow Kit
Antara gerai-gerai pameran yang disediakan...
ArtikelDiterbitkan 10 Jun 2014 2.53 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM