Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Latihan Gemparan Api Bukit Aman

Diterbitkan: 09 Jun 2014 5.39 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.46 PM
Semua pegawai dan anggota serta kakitangan awam Bukit Aman di Bangunan 33 tingkat telah bergegas turun..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/latihan-gemparan-api-bukit-aman
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 23:25 MYT

Bukit Aman - Satu Latihan Gemparan Api telah di jalankan di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman pada jam 10.30 pagi. Latihan telah diseliakan oleh Supt. Junaidi bin Mashud, Kem Komandan Bukit Aman.

Semua pegawai dan anggota serta kakitangan awam Bukit Aman di Bangunan 33 tingkat telah bergegas turun menggunakan tangga apabila loceng kecemasan dibunyikan dan berkumpul di perkarangan Bangunan 4 tingkat.

Penolong Penguasa Bomba, Tuan Mahendran Singh dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia telah hadir memantau Latihan Gemparan Api. Beliau juga telah memberikan penerangan yang panjang lebar berkaitan aspek keselamatan serta langkah-langkah yang perlu di ambilketika berlakunya kebakaran di bangunan. Kepujian juga harus diberikan kepada semua warga Bukit Aman kerana mencatatkan masa 27 minit untuk mengosongkan bangunan yang melibatkan seramai 3,000 orang.

Latihan Gemparan Api Bukit Aman
Bergegas turun menggunakan tangga

Latihan Gemparan Api Bukit Aman
Berkumpul mengikut tingkat bagi memudahkan pengiraan pegawai dan anggota

Latihan Gemparan Api Bukit Aman
Tingkat 4....semua cukup

Latihan Gemparan Api Bukit Aman
Supt. Junaidi bin Mashud, Kem Komandan bersama Penolong Penguasa Bomba, Tuan Mahendran Singh

Latihan Gemparan Api Bukit Aman
Penerangan oleh Penolong Penguasa Bomba, Tuan Mahendran Singh

ArtikelDiterbitkan 09 Jun 2014 5.39 AMDikemas kini 15 Aug 2026 7.46 PM