Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman Mou Pdrm Dan Universiti Malaya

Diterbitkan: 09 Jun 2014 6.08 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.47 PM
Tiga MOU telah ditandatangani oleh kedua-dua pihak iaitu MOU Tambahan untuk program Diploma Sains Siasatan, MOU untuk program Diploma Undang-undang Awam dan MOU untuk Diploma Eksekutif Kaunseling...
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/majlis-menandatangani-memorandum-persefahaman-mou-pdrm-dan-universiti-malaya
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 18:00 MYT

Bukit Aman - 10 April 2008. Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) PDRM dan Universiti Malaya telah berlangsung di Auditorium PDRM, Bukit Aman.

Majlis Menandatangani memorandum Persefahaman (MOU) PDRM dan Universiti Malaya telah disempurnakan oleh YDH IG Tan Sri Musa bin Dato' Haji Hassan, Ketua Polis Negara dan Y.Bhg. Datuk Rafiah binti Salim, Naib Canselor Universiti Malaya.

Hadir di majlis tersebut ialah YDH CP Dato' Seri Ramli bin Shaari, Pengarah Cawangan Khas, YDH CP Dato' Abdul Razak bin Hj. Bokhari, Pengarah Pengurusan PDRM, Y.Bhg. Profesor Madya Dr. Abdul Latif Salleh, Pengarah Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed), Timbalan-Timbalan Pengarah PDRM, Ahli Pengurusan Tertinggi Universiti Malaya serta Pegawa-pegawai Kanan PDRM.

Di majlis itu, tiga MOU telah ditandatangani oleh kedua-dua pihak iaitu MOU Tambahan untuk program Diploma Sains Siasatan, MOU untuk program Diploma Undang-undang Awam dan MOU untuk Diploma Eksekutif Kaunseling.

Kerjasama strategik antara Universiti Malaya dan PDRM telahpun mencapai usia 10 tahun yang menyaksikan seramai 155 orang peserta menamatkan pengajian bagi Diploma Sains Siasatan dan 144 orang peserta menamatkan pengajian  bagi program Diploma Undang-undang Awam. Buat masa ini, seramai 72 orang peserta sedang mengikuti Diploma Sains Siasatan manakala seramai 12 orang peserta sedang mengikuti program Diploma Undang-undang Awam. Bagi program Diploma Eksekutif Kaunseling, seramai 30 orang peserta dari PDRM akan memulakan pengajian sulong pada bulan April ini.

Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman Mou Pdrm Dan Universiti Malaya
YDH CP Dato' Abd Razak bin Hj. Bokhari, Pengarah Pengurusan PDRM bersama YDH IG Tan Sri Musa bin Dato' Hj. Hassan, Ketua Polis Negara

Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman Mou Pdrm Dan Universiti Malaya
Y.Bhg. Datuk Rafiah binti Salim, Naib Canselor Universiti Malaya bersama Y.Bhg. Profesor Madya Dr. Abdul Latif Salleh, Pengarah Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed),

Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman Mou Pdrm Dan Universiti Malaya
Tiga MOU telah ditandatangani oleh kedua-dua pihak iaitu MOU Tambahan untuk program Diploma Sains Siasatan, MOU untuk program Diploma Undang-undang Awam dan MOU untuk Diploma Eksekutif Kaunseling.

Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman Mou Pdrm Dan Universiti Malaya
Cenderahati...YDH IG tan Sri Musa bin Dato' Haji Hassan menyampaikan cenderahati kepada Y.Bhg. Datuk Rafiah binti Salim, Naib Canselor Universiti Malaya

ArtikelDiterbitkan 09 Jun 2014 6.08 AMDikemas kini 15 Aug 2026 7.47 PM