Perbarisan Tamat Latihan Kursus Asas Inspektor Awam Siri 1 2007
PULAPOL
Kuala Lumpur - 12 April 2008. Perbarisan Tamat Latihan Dan Penyampaian
Sijil Kursus Asas Inspektor (Awam) Siri 1/2007 telah di adakan di
Dataran Kawat PULAPOL Kuala Lumpur.
Majlis
telah disempurnakan oleh YDH IG Tan Sri Musa bin Dato' Haji Hassan,
Ketua Polis Negara. Hadir sama ialah YDH DIG Dato' Ismail bin Hj. Omar,
Timbalan Ketua Polis Negara, YDH Pengarah-Pengarah PDRM, YDH SAC II Amar
Singh a/l Ishar Singh, Komandan PULAPOL Kuala Lumpur, YDH
Timbalan-Timbalan Pengarah PDRM, Komandan Pusat-Pusat Latihan PDRM,
Dif-dif jemputan, Pegawai-pegawai Kanan serta pelatih Inspektor.
Seramai
495 orang Pelatih Inspektor Percubaan telah menamatkan Program Latihan
Asas Kepolisan (PLAK) dengan jayanya. Daripada jumlah tersebut, seramai
218 orang adalah pemegang Ijazah Sarjana Muda, 266 orang berkelulusan
Diploma dan 11 orang sahaja berkelulusan STPM.
Dalam
tempoh sembilan bulan menjalani latihan asas di PULAPOL Kuala Lumpur,
segala ilmu telah dipelajari yang mencukupi pelbagai aspek latihan
termasuk latihan kawat, latihan fizikal, pengendalian dan penggunaan
senjatapi, aspek perundangan, teknologi maklumat, pengetahuan agama dan
pendidikan moral serta sebagainya diharap akan menjadi panduan semasa
menjalankan tugas nanti.
Antara
intipati ucapan oleh YDH Ketua Polis Negara, beliau berharap semua
Pelatih Inspektor Percubaan ini berkeupayaan untuk membuat anjakan
paradigma selari dengan arus pembangunan semasa untuk menjadi seorang
pegawai polis yang mempunyai ketahanan diri yang tinggi, berwibawa,
berkaliber, berkualiti, komited, berpengetahuan luas serta berpegang
teguh kepada ajaran agama dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik
kepada masyarakat serta dapat memenuhi kehendak aspirasi pasukan.
"Jalankan
tugas dengan penuh bertanggungjawab, dedikasi, sopan, mesra,
terutamanya apabila berinterasi dengan masyarakat. Mulakan hari pertama
bertugas dengan azam dan semangat yang betul, sentiasalah berusaha untuk
meningkatkan imej pasukan supaya keyakinan masyarakat terhadap PDRM
akan sentiasa berkekalan" kata YDH Ketua Polis Negara kepada semua
Pelatih Inspektor Percubaan.
Di
upacara Perbarisan Tamat Latihan Dan Penyampaian Sijil Kursus Asas
Inspektor (Awam) Siri 1/2007, Insp/P I/18322 Mohd Amirul bin Alias di
umumkan Terbaik Keseluruhan, Insp/P I/18316 Hon Kah Wei Terbaik
Akademik, Insp/P I/18572 Saiful Hisham bin Mohd Abd Latif Terbaik
Latihan Luar (Lelaki) dan Insp/P I/18179 Nor Ellyna binti Abd Rashid
Terbaik Latihan Luar (Wanita). Sementara itu ASP Mohd Padzli bin Mohd
Zain di umumkan sebagai Pensyarah Terbaik, Kpl 128703 Hasmizai bin Omar
Jurulatih Terbaik dan Platun Terbaik disandang oleh Platun 2, Kompeni A.

YDH IG Tan Sri Musa bin Dato' Hj. Hassan, Ketua Polis Negara memberi hormat kepada Panji Utama.

YDH
IG Tan Sri Musa bin Dato' Hj. Hassan, Ketua Polis Negara sambil
diiringi YDH Komandan PULAPOL dan PP Baris membuat pemeriksaan
perbarisan

Inspektor Percubaan Wanita membuat Lintas Hormat

Inspektor Percubaan Lelaki membuat Lintas Hormat dalam perlahan dan cepat masa

YDH
Ketua Polis Negara beramah mesra dengan peserta-peserta terbaik...dari
kiri,Insp/P I/18316 Hon Kah Wei Terbaik Akademik, Insp/P I/18322 Mohd
Amirul bin Alias di umumkan Terbaik Keseluruhan, , Insp/P I/18572 Saiful
Hisham bin Mohd Abd Latif Terbaik Latihan Luar (Lelaki) dan Insp/P
I/18179 Nor Ellyna binti Abd Rashid Terbaik Latihan Luar (Wanita).