Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Sembahyang Agama Buddha Sempena Peringatan Hari Polis Ke 201 Tahun

Diterbitkan: 09 Jun 2014 6.07 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.47 PM
Upacara Sembahyang Agama Buddha Sempena Peringatan Hari Polis Ke 201 Tahun telah di adakan di Kuil Buddha Maha Vihara, Brickfields...
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/sembahyang-agama-buddha-sempena-peringatan-hari-polis-ke-201-tahun
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 09:03 MYT

Brickfields, Kuala Lumpur - 11 April 2008. Upacara Sembahyang Agama Buddha Sempena Peringatan Hari Polis Ke 201 Tahun telah di adakan di Kuil Buddha Maha Vihara, Brickfields.

Hadir di upacara tersebut ialah YB Dato' Chor Chee Heung, Timbalan Menteri Dalam Negeri, YDH CP Dato' Koh Hung Sun, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, YDH SAC I Leo Chong Cheong, Ketua Penolong Pengarah Inteligen Keselamatan merangkap Pengerusi Majlis SEmbahyang Agama Buddha, YDH SAC II Dato' Lim Char Boo, Ketua Penolong Pengarah Siasatan 1 JSJK, YDH SAC II Ku Chin Wah, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Pegawai-pegawai Kanan, anggota, kakitangan awam serta masyarakat setempat.

Di majlis itu juga, YB Dato' Chor Chee Heung, Timbalan Menteri Dalam Negeri telah menyampaikan sumbangan dari PDRM berjumlah RM13,000 dari kutipan derma pegawai, anggota serta masyarakat setempat kepada Ketua Sami Sanghanayaka Malaysia, K. Sri Dhammaratana Nayaka Maha Thero.

Kutipan derma itu akan di berikan kepada Buddist Maha Vihara, Ti Ratana Welfare Society, bekas L/Kpl Yusanna binti Asim, L/Kpl Mohamad Edwin bin Abdullah, L/Kpl Abd Hafiz bin Jamalul Ramli, D/Sjn Nur Aminah Ong binti Abdullah dan keluarga mendiang L/Kpl/D Phang Kwek Hin.

Sembahyang Agama Buddha Sempena Peringatan Hari Polis Ke 201 Tahun
Ketibaan YB Dato' Chor Chee Heung, Timbalan Menteri Dalam Negeri disambut oleh YDH CP Dato' Koh Hung Sun, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil serta pegawai-pegawai kanan PDRM.

Sembahyang Agama Buddha Sempena Peringatan Hari Polis Ke 201 Tahun
Sumbangan daripada PDRM kepada Ketua Sami Sanghanayaka Malaysia, K. Sri Dhammaratana Nayaka Maha Thero

Sembahyang Agama Buddha Sempena Peringatan Hari Polis Ke 201 Tahun
Simbolik...memakaikan benang untuk kesejahteraan dan keharmonian

Sembahyang Agama Buddha Sempena Peringatan Hari Polis Ke 201 Tahun
Upacara Sembahyang...

Sembahyang Agama Buddha Sempena Peringatan Hari Polis Ke 201 Tahun
Antara pegawai serta anggota Polis Diraja Malaysia di Upacara Sembahyang Agama Buddha Sempena Peringatan Hari Polis Ke 201 Tahun

ArtikelDiterbitkan 09 Jun 2014 6.07 AMDikemas kini 15 Aug 2026 7.47 PM