Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman Mou Antara Pdrm Dan Utm

Published: 09 Jun 2014 8.03 AM Updated: 15 Aug 2026 7.50 PM
MoU ini adalah bertujuan untuk meningkatkan kerjasama akademik dan aktiviti penyelidikan kimia, terutamanya dalam bidang Sains Forensik...
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/majlis-menandatangani-memorandum-persefahaman-mou-antara-pdrm-dan-utm
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 00:22 MYT

UTM City Campus - 28 Mei 2008. Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah berlansung di Dewan Jumaah, UTM City Campus, Kuala Lumpur.

Memorandum Persefahaman (MoU) antara Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah ditandatangani oleh YDH DIG Dato' Ismail bin Haji Omar, Timbalan Ketua Polis Negara dan Y.Bhg. Prof. Ir. Dr. Siti Hamisah bt. Tapsir, Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa).

Hadir sama di majlis tersebut ialah YDH CP Dato' Abdul Razak bin Hj. Bokhari, Pengarah Pengurusan PDRM, Y.Bhg. Prof. Samsudin bin Sakrani, Dekan Fakulti Sains UTM, YDH Timbalan-timbalan Pengarah PDRM, Pegawai-pegawai Kanan PDRM dan Pegawai-pegawai Kanan UTM.

Majlis yang diadakan ini merupakan satu 'Milestone' sejarah didalam memperkasakan  lagi penyampaian perkhidmatan berkualiti dari segi proses penyiasatan polis. MoU ini adalah bertujuan untuk meningkatkan kerjasama akademik dan aktiviti penyelidikan kimia, terutamanya dalam bidang Sains Forensik. Penggunaan Sains Forensik dalam penyiasatan akan membantu tugas-tugas Pegawai Penyiasat atau risikan terutama didalam proses pengecaman bahan bukti dan mengesan penjenayah serta mangsa.

Majlis MoU pada pagi ini adalah kemuncak kepada hasil daripada perbincangan dan kerjasama yang melangkaui jangka waktu yang panjang antara PDRM dan UTM  yang telah dirintis sejak tahun 2003 lagi. Skop kerjasama MoU ini adalah meliputi :-
1. Penerimaan pelajar-pelajar dari Fakulti Sains UTM, khasnya dari Jabatan Kimia untuk menjalankan Latihan Industri di Maklmal Forensik PDRM.
2. Perlantikan Pensyarah UTM sebagai Pakar Rujuk kepada Makmal Forensik PDRM.
3. Perlantikan Pegawai-pegawai Makmal Forensik PDRM sebagai Pemeriksa Luar kepada pelajar-pelajar Sarjana Sains Kimia dan Forensik di UTM.
4. Penerokaan bidang penyelidikan yang baru selaras dengan bidang Sains Forensik.
5. Program pertukaran data rujukan, maklumat akademik dan literatur.
6. Penggunaan bersama kemudahan makmal penyelidikan dan perpustakaan.

Dalam ucapan oleh YDH DIG Dato' Ismail bin Haji Omar, beliau berharap kerjasama dan usaha ini  bukan sahaja dapat meningkatkan kecekapan penyiasatan polis tetapi juga mampu melahirkan modal insan yang pakar dalam bidang Sains Forensik didalam negara ini supaya sistem keadilan jenayah dapat dilaksanakan dengan lebih sempurna dan memenuhi ekspektasi masyarakat. Beliau juga berharap agar pakar-pakar forensik UTM dan Makmal Forensik PDRM sentiasa bertukar-tukar pengetahuan dan berusaha secara inovatif dan lebih kreatif dalam menemui hasil-hasil kajian yang dapat membantu dalam penyiasatan polis, meningkatkan martabat serta imej organisasi khasnya dan negara amnya pada masa akan datang.

Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman Mou Antara Pdrm Dan Utm
Hadir...antara Pegawai-pegawai Kanan PDRM yang hadir

Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman Mou Antara Pdrm Dan Utm
Pegawai-pegawai Kanan UTM

Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman Mou Antara Pdrm Dan Utm
Ucapan oleh YDH DIG Dato' Ismail bin Haji Omar, Timbalan Ketua Polis Negara

Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman Mou Antara Pdrm Dan Utm
MoU...dari kanan, Y.Bhg. Prof. Samsudin bin Sakrani, Dekan Fakulti Sains UTM, Y.Bhg. Prof. Ir. Dr. Siti Hamisah bt. Tapsir, Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa), YDH DIG Dato' Ismail bin Haji Omar, Timbalan Ketua Polis Negara dan YDH CP Dato' Abdul Razak bin Haji Bokhari, Pengarah Pengurusan PDRDM.

Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman Mou Antara Pdrm Dan Utm
Cenderahati...YDH DIG Dato' Ismail bin Haji Omar, Timbalan Ketua Polis Negara menyampaikan cenderahati kepada Y.Bhg. Prof. Ir. Dr. Siti Hamisah bt. Tapsir, Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa).

ArticlePublished 09 Jun 2014 8.03 AMUpdated 15 Aug 2026 7.50 PM