Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Majlis Kepulangan Unpol Fpu Briged Tenggara Dari Timor Leste

Published: 10 Jun 2014 2.27 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
Seramai 70 orang pegawai dan anggota dari Formed Police Unit (FPU) Briged Tenggara PGA dan 37 orang pegawai dan anggota United Nations Police (UNPOL) telah selamat sampai pada jam 6.30 petang..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/majlis-kepulangan-unpol-fpu-briged-tenggara-dari-timor-leste
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 12:42 MYT

Sepang - 1 Mei 2010. Majlis Kepulangan Formed Police Unit (FPU) Briged Tenggara PGA dan United Nations Police (UNPOL) dari Misi Pengaman PBB di Timor Leste  telah disambut oleh YDH DCP Dato' Mortadza bin Nazarene, Timbalan Pengarah Pengurusan (Latihan) di Balai Ketibaan Domestik A1, Aras Satu, Kuala Lumpur Internasional Airport (KLIA), Sepang.

Hadir sama di majlis itu ialah YDH DCP Dato' Saleh Mat Rashid, Timbalan Pengarah (PGA / Pengurusan Sempadan / Kawalan Keselamatan LTAB) Jabatan Keselamatan Dalam Negeri / Ketenteraman Awam (KDN/KA), Y.Bhg Brig Jen Dato' Dr. Hj. Samsudin bin Hj. Sulaiman, Pengarah Perubatan ATM,  YDH SAC II Dato' Mohd Sueb bin Abdullah, Timbalan Pengarah II (Latihan) Jabatan KDN/KA serta Pegawai-pegawai Kanan Briged Tengara PGA.

Seramai 70 orang pegawai dan anggota dari Formed Police Unit (FPU) Briged Tenggara PGA dan 37 orang pegawai dan anggota United Nations Police (UNPOL) telah selamat sampai pada jam 6.30 petang. Kepulangan FPU telah diketuai oleh DSP Yap Man Seng, Ketua Kontinjen PDRM yang mewakili UNPOL dan MAL-FPU.

Majlis Kepulangan Unpol Fpu Briged Tenggara Dari Timor Leste
Anggota Formed Police Unit (FPU) Briged Tenggara PGA, selamat tiba dari Misi Pengaman PBB di Timor Leste

Majlis Kepulangan Unpol Fpu Briged Tenggara Dari Timor Leste
YDH DCP Dato' Mortadza bin Nazarene, Timbalan Pengarah Pengurusan (Latihan) dan YDH DCP Dato' Saleh Mat Rashid menyambut ketibaan FPU di Balai Ketibaan Domestik A1, Aras Satu, Kuala Lumpur Internasional Airport (KLIA).
 
Majlis Kepulangan Unpol Fpu Briged Tenggara Dari Timor Leste
Majlis Menyambut Kepulangan Formed Police Unit (FPU) Briged Tenggara PGA dan United Nations Police (UNPOL) dari Misi Pengaman PBB di Timor Leste 

Majlis Kepulangan Unpol Fpu Briged Tenggara Dari Timor Leste
kanan...DSP Yap Man Seng, Ketua Kontinjen PDRM yang mewakili UNPOL dan MAL-FPU bersama bersama pegawai dan anggota, mendengar ucapan YDH Timbalan Pengarah Pengurusan (Latihan).

ArticlePublished 10 Jun 2014 2.27 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM