Mesyuarat Agung Kelab Kebajikan Dan Sukan Pdrm Kali Ke 3 Tahun 2010
Cheras - 10 Mei 2010. Mesyuarat Agung Kelab Kebajikan dan Sukan PDRM (KKS PDRM) Kali Ke-3 Tahun 2010, telah berlangsung di Dewan Sultan Haji Ahmad Shah, Maktab PDRM Kuala Lumpur, Cheras pada pagi ini.
Perasmian telah disempurnakan oleh YDH Tan Sri Ismail bin Haji Omar, Timbalan Ketua Polis Negara. Hadir sama ialah YDH CP Dato' Haji Abdul Razak bin Haji Bokhari, Pengarah Pengurusan PDRM merangkap Pengerusi Kelab Kebajikan dan Sukan Polis Diraja Malaysia.
Turut hadir ialah YDH Pengarah-Pengarah PDRM, YDH Ketua-ketua Polis Negeri, Komander serta Komandan, Timbalan-timbalan Pengarah, Pegawai-pegawai kanan serta perwakilan-perwakilan.
Agenda Mesyuarat Agung Kelab Kebajikan dan Sukan PDRM (KKS PDRM) Kali Ke-3 Tahun 2010 kali ini ialah membubarkan AJK 2009 dan perlantikan AJK tahun 2010. Selain itu, mengesahkan minit mesyuarat Agung KKS PDRM Bil 2 tahun 2009/2010, perkara-perkara berbangkit dan juga tindakan yang telah diambil dan juga laporan kewangan yang berakhir pada 31 Disember 2009.
Penubuhan Kelab Kebajikan dan Sukan PDRM pada dasarnya ialah menyahut seruan kerajaan di dalam melahirkan masyarakat yang bersatu, prihatin dan sihat melalui aktiviti sosial, kebajikan dan sukan di kalangan kakitangan agensi kerajaan dengan peruntukkan dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan.
Antara ucapan perasmian oleh YDH Timbalan Ketua Polis Negara, beliau berharap Ketua-ketua Kontinjen/ Briged/ Formasi supaya dapat menggalakkan pegawai dan anggota serta kakitangan awam menjadi ahli kelab dan seterusnya mencapai matlamat agar keseluruhan warga PDRM mendaftar menjadi ahli kelab.

Pendaftaran kehadiran Pegawai-pegawai Kanan PDRM...

Antara perwakilan yang hadir di Mesyuarat Agung Kelab Kebajikan dan Sukan PDRM (KKS PDRM) Kali Ke-3 Tahun 2010

Perwakilan yang mewakili Kontinjen, Briged dan Formasi

YDH CP Dato' Haji Abdul Razak bin Haji Bokhari, Pengarah Pengurusan PDRM merangkap Pengerusi Kelab Kebajikan dan Sukan Polis Diraja Malaysia, mempengerusikan mesyuarat.

YDH CP Dato' Haji Abdul Razak bin Haji Bokhari, Pengerusi Kelab Kebajikan dan Sukan Polis Diraja Malaysia bergambar kenangan bersama YDH Timbalan Ketua Polis Negara dan AJK Sesi 2009/2010

Pemilihan Ahli Jawatankuasa KKS PDRM untuk jawatan Naib Pengerusi I dan II...

Mengundi untuk YDH SAC II Dato' Mohd Nizar bin Mohd Ali, Ketua Pengarah Pengurusan (Perkhidmatan) Bukit Aman bagi jawatan Naib Pengerusi...

Perwakilan juga mengundi dalam suasana harmoni...untuk 9 jawatan Ahli Jawatankuasa KKS PDRM bagi tahun 2010/2011