Majlis Kepulangan Unpol Fpu Briged Tenggara Dari Timor Leste
Sepang
- 1 Mei 2010. Majlis Kepulangan Formed Police Unit (FPU) Briged
Tenggara PGA dan United Nations Police (UNPOL) dari Misi Pengaman PBB di
Timor Leste telah disambut oleh YDH DCP Dato' Mortadza bin Nazarene,
Timbalan Pengarah Pengurusan (Latihan) di Balai Ketibaan Domestik A1,
Aras Satu, Kuala Lumpur Internasional Airport (KLIA), Sepang.
Hadir
sama di majlis itu ialah YDH DCP Dato' Saleh Mat Rashid, Timbalan
Pengarah (PGA / Pengurusan Sempadan / Kawalan Keselamatan LTAB) Jabatan
Keselamatan Dalam Negeri / Ketenteraman Awam (KDN/KA), Y.Bhg Brig Jen
Dato' Dr. Hj. Samsudin bin Hj. Sulaiman, Pengarah Perubatan ATM, YDH
SAC II Dato' Mohd Sueb bin Abdullah, Timbalan Pengarah II (Latihan)
Jabatan KDN/KA serta Pegawai-pegawai Kanan Briged Tengara PGA.
Seramai 70 orang pegawai dan
anggota dari Formed Police Unit (FPU) Briged Tenggara PGA dan 37 orang
pegawai dan anggota United Nations Police (UNPOL) telah selamat sampai
pada jam 6.30 petang. Kepulangan FPU telah diketuai oleh DSP Yap Man
Seng, Ketua Kontinjen PDRM yang mewakili UNPOL dan MAL-FPU.

Anggota Formed Police Unit (FPU) Briged Tenggara PGA, selamat tiba dari Misi Pengaman PBB di Timor Leste

YDH
DCP Dato' Mortadza bin Nazarene, Timbalan Pengarah Pengurusan (Latihan)
dan YDH DCP Dato' Saleh Mat Rashid menyambut ketibaan FPU di Balai
Ketibaan Domestik A1, Aras Satu, Kuala Lumpur Internasional Airport
(KLIA).

Majlis
Menyambut Kepulangan Formed Police Unit (FPU) Briged Tenggara PGA dan
United Nations Police (UNPOL) dari Misi Pengaman PBB di Timor Leste

kanan...DSP
Yap Man Seng, Ketua Kontinjen PDRM yang mewakili UNPOL dan MAL-FPU
bersama bersama pegawai dan anggota, mendengar ucapan YDH Timbalan
Pengarah Pengurusan (Latihan).