Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Majlis Jalinan Ramadan Bersama Pdrm Atm Dan Jabatan Bomba Tahun 2010

Diterbitkan: 10 Jun 2014 3.26 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Tradisi memberi sumbangan bungkusan Hari Raya oleh Pergerakan Wanita UMNO Malaysia ini telah berlangsung begitu lama dan menjadi satu budaya yang murni sejak sepuluh tahun lalu..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/majlis-jalinan-ramadan-bersama-pdrm-atm-dan-jabatan-bomba-tahun-2010
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 01:22 MYT

Kuala Lumpur - 27 Ogos 2010. Pergerakan Wanita UMNO seperti lazimnya pada setiap tahun, telah mengatur inisiatif murni dengan menghulurkan sumbangan bungkusan Hari Raya untuk diagih-agihkan kepada warga Polis Diraja Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia bersempena dengan Majlis Jalinan Ramadan Bersama ATM dan PDRM. Pada tahun ini, buat pertama kalinya, Pergerakan Wanita UMNO juga turut mengagihkan bungkusan Hari Raya kepada Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia.

Majlis telah disempurnakan oleh YB Senator Dato' Sri Shahrizat Abdul Jalil, Ketua Pergerakan Wanita UMNO Malaysia di Dewan Tun Dr Ismail, Aras 2, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur.

Hadir di majlis tersebut ialah YDH Tan Sri Musa bin Tan Sri Haji Hassan, Ketua Polis Negara bersama Puan Sri Juriah binti Dato' Ahmad, Pengerusi PERKEP Malaysia, Y.Bhg Jeneral Tan Sri Rodzali bin Daud, Panglima Tentera Udara, Y.Bhg Tuan Haji Amer bin Haji Yusof, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia, Y.Bhg Dato' Hajah Kamilia binti Dato' Ibrahim, Naib Ketua Pergerakan Wanita UMNO Malaysia, YDH Tan Sri Ismail bin Haji Omar, Timbalan Ketua Polis Negara bersama Puan Sri Hajah Suriati bin Md. Sobri, YDH Datuk Seri, Dato'-Dato' Pengarah PDRM dan isteri, barisan Exco Pergerakan Wanita UMNO Malaysia serta Pegawai-pegawai Kanan PDRM, ATM dan Jabatan Bomba.

Seramai 600 orang telah hadir di majlis tersebut yang terdiri daripada Polis Diraja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia, Jabatan Bomba & Penyelamat serta ahli-ahli Pergerakan Wanita UMNO.

Tradisi memberi sumbangan bungkusan Hari Raya oleh Pergerakan Wanita UMNO Malaysia ini telah berlangsung begitu lama dan menjadi satu budaya yang murni sejak sepuluh tahun lalu. Ianya bukan sahaja simbol keprihatinan Wanita UMNO, tetapi juga menjadi lambang rasa kasih yang menyemarakkan lagi naluri kepada warga PDRM, ATM dan Jabatan Bomba untuk terus memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat walaupun terpaksa menempuhi lautan yang penuh dengan ombak dan cabaran masa kini.

Sebanyak 7,000 bungkusan Hari Raya telah diagih-agihkan kepada PDRM, ATM dan Jabatan Bomba yang bertugas semasa Hari Raya. Sumbangan ini sudah tentu akan menjadi penawar dan pengubat rindu kepada isteri, anak-anak, keluarga dan rakan taulan ketika warga PDRM, ATM dan Jabatan Bomba bertugas semasa Hari Raya nanti yang terpaksa berkorban meninggalkan kegembiraan dan kemeriahan Hari Raya, kerana tuntutan perkhidmatan kepada nusa dan bangsa.

Majlis Jalinan Ramadan Bersama Pdrm Atm Dan Jabatan Bomba Tahun 2010
 YB Senator Dato' Sri Shahrizat Abdul Jalil, Ketua Pergerakan Wanita UMNO Malaysia di Majlis Jalinan Ramadan

Majlis Jalinan Ramadan Bersama Pdrm Atm Dan Jabatan Bomba Tahun 2010
Antara Pegawai, anggota dan ahli PERKEP yang hadir di Majlis Jalinan Ramadan di PWTC

Majlis Jalinan Ramadan Bersama Pdrm Atm Dan Jabatan Bomba Tahun 2010
YDH Timbalan Ketua Polis Negara bersama Pengarah-Pengarah PDRM

Majlis Jalinan Ramadan Bersama Pdrm Atm Dan Jabatan Bomba Tahun 2010
Bacaan ayat suci Al-Quran oleh Imam Mohamed Gamal Awwad Mohamed Elhalawny

Majlis Jalinan Ramadan Bersama Pdrm Atm Dan Jabatan Bomba Tahun 2010
 Ucapan oleh YB Senator Dato' Sri Shahrizat Abdul Jalil, Ketua Pergerakan Wanita UMNO Malaysia

Majlis Jalinan Ramadan Bersama Pdrm Atm Dan Jabatan Bomba Tahun 2010
YDH Ketua Polis Negara menerima sumbangan bungkusan Hari Raya dari  YB Senator Dato' Sri Shahrizat Abdul Jalil

Majlis Jalinan Ramadan Bersama Pdrm Atm Dan Jabatan Bomba Tahun 2010
YDH Tan Sri Ismail bin Haji Omar, Timbalan Ketua Polis Negara menerima cenderahati dari  YB Senator Dato' Sri Shahrizat Abdul Jalil

Majlis Jalinan Ramadan Bersama Pdrm Atm Dan Jabatan Bomba Tahun 2010
 YB Senator Dato' Sri Shahrizat Abdul Jalil menyampaikan cenderahati kepada YDH CP Datuk Seri Mohd Bakri bin Mohd Zinin, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah

Majlis Jalinan Ramadan Bersama Pdrm Atm Dan Jabatan Bomba Tahun 2010
YDH DCP Dato' Nooryah binti Md. Anvar, Timbalan Pengarah 1, Jabatan Siasatan Jenayah Komersil

Majlis Jalinan Ramadan Bersama Pdrm Atm Dan Jabatan Bomba Tahun 2010
Bergambar kenangan bersama YB Senator Dato' Sri Shahrizat Abdul Jalil, Ketua Pergerakan Wanita UMNO Malaysia

ArtikelDiterbitkan 10 Jun 2014 3.26 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM