Kuala
Lumpur - 1 September 2010. Telekom Malaysia Berhad (TM) dengan
kerjasama Polis Diraja Malaysia hari ini melancarkan kempen tahunan Ops
Sikap yang akan berlangsung selama dua minggu dari 3 hingga 17 September
2010.
Bertemakan
'Selamat Sampai Ke Destinasi', Kempen Ops Sikap XXII (Ke-22) Tahun
2010 ini juga dilancarkan serentak di seluruh negara dan majlis
pelancaran disempurnakan oleh YB Datuk Wira Abu Seman bin Haji Yusop,
Timbalan Menteri Dalam Negeri.
Turut
hadir di Majlis Pelancaran Ops Sikap XXII 2010 ialah YDH Tan Sri Musa
bin Tan Sri Haji Hassan, Ketua Polis Negara, Y.Bhg Datuk Dr. Halim
Shafie, Pengerusi TM, Y.Bhg Dato' Sri Zamzamzairani Mohd Isa, Ketua
Pegawai Eksekutif Kumpulan TM, YDH CP Dato' Hussin bin Hj. Ismail,
Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, YDH CP
Dato' Mohamad Fuzi bin Harun, Pengarah Pasukan Petugas Khas, Y.Bhg.
Dato' Hj. Solah bin Mat Hassan, Pengarah JPJ, YDH SAC Dato' Abd Aziz bin
Yusof, Ketua Trafik Pasukan serta Pegawai-pegawai Kanan PDRM dan
Telekom.
Dengan
cuti musim perayaan menyambut Hari Raya Aidil Fitri yang semakin
hampir, kempen keselamatan jalan raya ini bertujuan untuk meningkatkan
kesedaran dikalangan orang awam mengenai cara pemanduan yang selamat
untuk sampai ke destinasi masing-masing.
Seramai
empat ribu pegawai dan anggota polis akan terlibat di dalam edisi ke-22
Ops Sikap ini di seluruh negara dalam memastikan keselamatan di jalan
raya sepanjang musim perayaan. Pihak polis yang terlibat turut
merangkumi anggota dari daerah-daerah seperti Cawangan Motor Patrol
Vehicle (MPV), tugas am, bilik gerakan dan juga Ketua Polis Daerah yang
akan ditempatkan di lebih dari 100 titik panas (kawasaan kemalangan
tinggi) sepanjang jalanraya persekutuan dan juga lebuhraya. Selain itu,
cuti bagi semua pegawai dan anggota Cawangan Trafik seluruh negara akan
dibekukan untuk menjalankan tugas selama tempoh Ops Sikap Ke-22 ini.
TM
menyokong kempen kemasyarakatan ini dengan menyediakan sejumlah 105
buah kanopi yang dilengkapi dengan kerusi meja dan lampu yang boleh
dicas semula untuk kegunaan pihak polis di lokasi-lokasi strategik.
Selain itu, TM juga mencetak pelbagai bahan publisiti merangkumi 3,500
poster, 1,000 banting, 50 kain rentang, 7,000 pelekat kereta, 20,000
pelekat motosikal, 10,000 Buku Maklumat Trafik PDRM dan juga 400 kad
panggilan prabayar iTalk.
Sebagaimana
kempen-kempen yang diadakan sebelum ini, Ops Sikap Ke-22 ini juga
melibatkan agensi-agensi kerajaan dan juga swasta seperti Kementerian
Kerja Raya, Jabatan Pengangkutan Jalan, Bomba & Penyelamat, Jabatan
Pertahanan Awam, PLUS Expressway, St. John Ambulance, Persatuan Bulan
Sabit Merah, Malaysian Institute of Road Safety Research (MIROS),
Persatuan-persatuan Penguasaha Lori, Bas dan Teksi.
"Patuhilah
undang-undang dan peraturan lalulintas supaya tidak mendatangkan
bahaya kepada nyawa, diri sendiri dan orang lain seperti memandu
melebihi had laju, memandu secara melulu, memotong Q, memotong di
garisan berkembar, memandu di lorong kecemasan dan melakukan pelbagai
kesalahan yang menjurus ke arah kemalangan" nasihat YDH Ketua Polis
Negara kepada pengguna jalanraya semasa ucapannya.
"Biarlah
lambat sedikit, asalkan selamat sampai ke destinasi bagi memastikan
diri sendiri, ahli kelurga dan pengguna jalan raya yang lain tidak
menjadi mangsa kemalangan"
Bersempena dengan pelancaran kempen ini, Polis Diraja Malaysia turut melancarkan talian bebas tol Ops Sikap iaitu 1800 88 1412
yang disediakan oleh Telekom Malaysia. Para pengguna jalanraya boleh
menggunakan talian bebas tol tersebut untuk melaporkan kesesakan trafik,
kemalangan jalan raya, meminta bantuan, mendapatkan laporan jalan raya
dan lain-lain lagi.

Majlis Pelancaran Ops Sikap XXII 2010 di Menara Telekom Malaysia, Jalan Pantai Baharu, Kuala Lumpur

Ucapan aluan oleh Y.Bhg Datuk Dr. Halim Shafie, Pengerusi TM

Majlis Pelancaran Ops Sikap XXII Tahun 2010 oleh YB Datuk Wira Abu Seman Yusop

Cenderahati dari TM kepada YB Datuk Wira Abu Seman Yusop

Y.Bhg
Datuk Dr. Halim Shafie, Pengerusi TM menyampaikan cenderahati kepada
YDH Tan Sri Musa bin Tan Sri Haji Hassan, Ketua Polis Negara

Telekom
Malaysia telah menyumbangkan sebanyak 105 buah kanopi yang dilengkapi
dengan kerusi meja dan lampu yang boleh dicas semula untuk kegunaan
pihak polis sepanjang kempen Ops Sikap XXII Tahun 2010

'Flag Off' Pasukan Pemantau Ops Sikap XXII dan pengguna jalanraya.

Pasukan Pemantau dari Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia

YDH
Tan Sri Musa bin Tan Sri Haji Hassan bersama Y.Bhg Dato' Sri
Zamzamzairani Mohd Isa, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TM menyampaikan
cenderahati kepada pengguna jalanraya.

YB Datuk Wira Abu Seman Yusop melekatkan pelekat kempen Ops Sikap XXII
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel
Majlis Pelancaran Ops Sikap Xxii 2010
Seramai empat ribu pegawai dan anggota polis akan terlibat di dalam edisi ke-22 Ops Sikap ini di seluruh negara dalam memastikan keselamatan di jalan raya sepanjang musim perayaan. Pihak polis yang te..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/majlis-pelancaran-ops-sikap-xxii-2010
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.