Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Majlis Dialog Ydh Ketua Polis Negara Bersama Komuniti Kulim Di Dewan Sri Impiana Kulim Kedah

Published: 10 Jun 2014 3.48 AM Updated: 15 Aug 2026 7.50 PM
Sempena dengan perlantikan Ketua Polis Negara yang baru iaitu YDH IGP Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, pihak Ibu Pejabat Polis Daerah Kulim dengan kerjasama pihak Ibu Pejabat Polis Kontingen Kedah t..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/majlis-dialog-ydh-ketua-polis-negara-bersama-komuniti-kulim-di-dewan-sri-impiana-kulim-kedah
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 26/09/2026 00:33 MYT

Kedah - 23 September 2010. Sempena dengan perlantikan YDH Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar sebagai Ketua Polis Negara yang baru, pihak Ibu Pejabat Polis Daerah Kulim dengan kerjasama pihak Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah telah mengaturkan program Majlis Perjumpaan YDH Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar Bersama Masyarakat Daerah Kulim pada 23hb. September 2010 bertempat di Dewan Sri Impiana Inn Kulim, Kedah.

Majlis Dialog Ydh Ketua Polis Negara Bersama Komuniti Kulim Di Dewan Sri Impiana Kulim Kedah
YDH Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar Ketua Polis Negara memberi ucapan di majlis tersebut...

Kehadiran masyarakat dalam majlis rasmi ini amat memberangsangkan kerana penyertaan masyarakat terdiri daripada pelbagai kaum iaitu Melayu, Cina, India dan lain-lain bangsa yang terdiri daripada pemimpin-pemimpin masyarakat seperti NGO, Rukun Tetangga (RT) dan Skim Rondaan Sukarela (SRS). Walaupun hujan lebat ketika itu, para tetamu jemputan tetap hadir dan telah memenuhi ruang dewan yang dapat memuatkan seramai lebih kurang 350 orang.

Turut hadir dalam majlis ini YDH Dato' Wira Syed Ismail bin Dato' Syed Azizan, Ketua Polis Kedah, YDH Dato' Asri bin Yusoff, Timbalan Ketua Polis Kedah, YDH Dato’ Abu Bakar bin Ahmad, Ketua Cawangan Khas, Supt. Ghuzlan bin Hj. Saleh, Ketua Polis Daerah Kulim, Pegawai Pemerintah Batalion 2 PGA Kulim serta Pegawai-pegawai Kerajaan Persekutuan dan tempatan.

Dalam sesi perjumpaan itu, YDH Tan Sri Ketua Polis Negara sanggup menerima tugas berat dan amanat yang diberikan oleh pemimpin negara serta berjanji akan melaksanakan tugas sebagai Ketua Polis Negara dengan lebih cemerlang. Kewajipan serta tugas yang dijalankan berlandaskan lunas undang-undang negara sepertimana yang termaktub dalam Perlembagaan Negara.

Dalam pada itu, YDH Tan Sri Ketua Polis Negara menaruh harapan tinggi supaya semua pegawai dan anggota polis dapat menjalankan tugas dan memainkan peranan masing-masing bagi meningkatkan mutu perkhidmatan dan memberi perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat disamping menjaga nama baik Polis DiRaja Malaysia.

Semua pegawai dan anggota polis perlu berdamping dengan masyarakat dan turun ke bawah untuk mengetahui masalah rakyat dan disamping itu juga dapat mengumpul maklumat berkaitan dengan kes-kes jenayah. Perkataan "INTEGRITI" merupakan pegangan setiap pegawai dan anggota polis.

YDH Tan Sri Ketua Polis Negara juga bersetuju bahawa satu Pondok Inisiatif Bandar Selamat dicadangkan diadakan di kawasan Paya Besar, Lunas. Pondok Polis perlu bagi menjaga keselamatan serta mengurangkan kebimbangan kejadian jenayah. Dengan lain perkataan, mengurangkan "Fear Of Crime" dikalangan masyarakat.

YDH Tan Sri Ketua Polis Negara menyentuh tentang laman web "Facebook" Polis DiRaja Malaysia yang telah dilancarkan baru-baru ini dan mengharapkan masyarakat dapat maklumat terkini serta mengetahui berita-berita polis di dalam laman web tersebut. Disamping itu, masyarakat boleh memberi komen dalam laman web tersebut. PDRM sanggup menerima kritikan dan mengambil tindakan untuk memperbaiki kelemahan yang ada.

ArticlePublished 10 Jun 2014 3.48 AMUpdated 15 Aug 2026 7.50 PM