Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Majlis Berbuka Puasa Bersama Yb Menteri Wilayah Persekutuan Dan Ydh Ketua Polis Negara

Diterbitkan: 09 Jun 2014 2.57 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.48 PM
Yayasan Amal Wangsa telah menyampaikan sumbangan sebanyak 500 tuala, 259 kain batik dan 250 kain pelikat kepada anggota polis..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/majlis-berbuka-puasa-bersama-yb-menteri-wilayah-persekutuan-dan-ydh-ketua-polis-negara
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 11:29 MYT
PULAPOL Kuala Lumpur - 9 Oktober 2007. Majlis Berbuka Puasa Bersama YB Menteri Wilayah Persekutuan Dan YDH Ketua Polis Negara telah di adakan di Dewan Pengaman, Pulapol Kuala Lumpur.

Hadir di majlis tersebut, YB Dato' Seri Zulhasnan Rafique, Menteri Wilayah Persekutuan, YDH Tan Sri Musa Dato' Haji Hassan, Ketua Polis Negara, YDH Tan Sri Mohd Najib bin Abdul Aziz, Timbalan Ketua Polis Negara, YDH Dato' Ismail Haji Omar Pengarah Pengurusan, YDH SAC II Amar Singh s/o Ishar Singh Komandan Pulapol Kuala Lumpur, Y.Bhg En. Muzammer Jamaluddin, Pengurus Kawasan Cawangan Setiawangsa, Pegawai-pegawai Kanan PDRM, dif-dif jemputan serta anggota PDRM.

Di majlis tersebut juga, Yayasan Amal Wangsa telah menyampaikan sumbangan sebanyak 500 tuala, 250 kain batik dan 250 kain pelikat kepada anggota polis yang bertugas di Hari Raya dan disempurnakan oleh YB Dato' Seri Zulhasnan Rafique, Menteri Wilayah Persekutuan.

Majlis Berbuka Puasa Bersama Yb Menteri Wilayah Persekutuan Dan Ydh Ketua Polis Negara
dari kiri...YDH Dato' Ismail Hj Omar Pengarah Pengurusan, YDH Tan Sri Musa Dato' Haji Hassan, Ketua Polis Negara,
YB Dato' Seri Zulhasnan Rafique, Menteri Wilayah Persekutuan dan YDH Tan Sri Mohd Najib bin Abdul Aziz,
Timbalan Ketua Polis Negara
ArtikelDiterbitkan 09 Jun 2014 2.57 AMDikemas kini 15 Aug 2026 7.48 PM