Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Majlis Berbuka Puasa Bersama Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong

Diterbitkan: 09 Jun 2014 2.47 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.50 PM
Majlis Berbuka Puasa bersama Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong...
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/majlis-berbuka-puasa-bersama-seri-paduka-baginda-yang-di-pertuan-agong
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 01:29 MYT

Bukit Aman - 27 September 2007 bersamaan 15 Ramadhan 1428. Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shahdan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirahtelah mencemar duli berbuka puasa bersama warga Polis Diraja Malaysia di Masjid Bukit Aman.

Hadir di majlis tersebut ialah Y.A.B Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Hj. Abdul Razak Timbalan Perdana Menteri, YB Dato' Mohd Johari Baharom Timbalan Menteri KKDN,Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof Ketua Setiausaha KKDN,YDH Tan Sri Musa bin Dato' Haji Hassan, Ketua Polis Negara danY.Bhg. Puan Sri Juriah binti Dato' Ahmad, YDH Tan Sri Mohd Najib bin Abdul Aziz, Timbalan Ketua Polis Negara dan Y.Bhg. Puan Sri Fatimah binti Hamid, YDH Pengarah-Pengarah PDRM dan isteri, Timbalan-timbalan Pengarah, Ketua-ketua Polis Negeri, Pesuruhjaya Polis, Komander-komander Briged, Marin, Udara, Pegawai-pegawai Kanan dan anggota Polis Diraja Malaysia.

Majlis dimulakan dengan berbuka puasa, solat fardhu maghrib, santapan malam, solat fardhu Isyak diikuti solat sunat tarawih dan witir.

Majlis Berbuka Puasa Bersama Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong
Y.A.B Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak, Timbalan Perdana Menteri bersama YDH Tan Sri Musa bin Dato' Haji Hassan, Ketua Polis Negara diperkarangan Masjid Bukit Aman. menanti kedatangan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong.

Majlis Berbuka Puasa Bersama Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong
Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong bersolatsunat Tarawih...

ArtikelDiterbitkan 09 Jun 2014 2.47 AMDikemas kini 15 Aug 2026 7.50 PM