Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Majlis Kempen Keselamatan Lebuhraya Sempena Musim Perayaan Di Lebuhraya Npe

Diterbitkan: 09 Jun 2014 2.48 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.50 PM
Syarikat pengendali konsesi Lebuhraya Baru Pantai, New Pantai Expressway Sdn. Bhd (NPE) bersama-sama Syarikat pengendali konsesi Lebuhraya Sungai Besi (BESRAYA)..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/majlis-kempen-keselamatan-lebuhraya-sempena-musim-perayaan-di-lebuhraya-npe
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 07:06 MYT

Kuala Lumpur - 28 September 2007. Syarikat pengendali konsesi Lebuhraya Baru Pantai, New Pantai Expressway Sdn. Bhd (NPE) bersama-sama Syarikat pengendali konsesi Lebuhraya Sungai Besi (BESRAYA) telah mengadakan Majlis Pelancaran Kempen Keselamatan Lebuhraya Bersama NPE dan Besraya di Plaza Tol Pantai Dalam.

Pelbagai aktiviti yang akan dijalankan sepanjang Majlis Pelancaran Kempen Keselamatan Lebuhraya ini seperti pengedaran kad Touch 'n Go, minuman bertenaga Sting, kek, dodol, biskut, paket 'Angpau' Aidilfitri. risilah keselamatan, kopun berbuka puasa dan lain-lain lagi.

Kempen Keselamatan ini dijayakan oleh YDH Tan Sri Mohd Najib bin ABdul Aziz, Timbalan Ketua Polis Negara, Y.Bhg Ir. Ismail bin Md. Salleh, Timbalan Ketua Pengarah Lembaga Lebuhraya Malaysia, Y.Bhg Dato' Sri Hj. Abd Rahim bin Abdul,  Pengarah Besraya (M) Sdn Bhd, Y.Bhg. Encik Neoh Soon Hiong, Pengarah Urusan New Pantai Expressway Sdn Bhd dan Besraya (M) Sdn Bhd, YDH SAC II Haji Hamza bin Taib, Ketua Trafik Pasukan, Ketua-ketua Jabatan dan Ketua-ketua Polis daerah, Pegawai-pegawai dan kakitangan NPE serta beberapa syarikat korporat lain seperti Holiday Villa Subang, Permanis Sdn Bhd, Sunway Pyramid, SGK Food Industry, Rangkaian Segar Sdn. Bhd, Jerneh Insurance Bhd dan jabatan Keselamatan Jalan Raya Malaysia.

Majlis Kempen Keselamatan Lebuhraya Sempena Musim Perayaan Di Lebuhraya Npe
Gimik Pelancaran Kempen Keselamatan Lebuhraya Bersama NPE dan BESRAYA Sempena Musim Perayaan...dari kiri, YDH Tan Sri  Mohd Najib bin Abdul Aziz, Timbalan Ketua Polis Negara dan Y.Bhg. Dato' Sri Haji Abd. Rahim bin Abdul, Pengarah Besraya (M) Sd. Bhd

Majlis Kempen Keselamatan Lebuhraya Sempena Musim Perayaan Di Lebuhraya Npe
YDH Tan Sri Mohd Najib bin Abdul Aziz menyampaikan 'hamper' kepada pengguna lebuhraya Pantai Dalam

ArtikelDiterbitkan 09 Jun 2014 2.48 AMDikemas kini 15 Aug 2026 7.50 PM