Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Majlis Penyerahan Bungkusan Kuih Raya Pdrm 2007

Diterbitkan: 09 Jun 2014 2.46 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.50 PM
Majlis Penyerahan Bungkusan Kuih Raya PDRM 2007 telah disempurnakan oleh YDH Tan Sri Musa bin Dato; Haji Hassan, Ketua Polis Negara..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/majlis-penyerahan-bungkusan-kuih-raya-pdrm-2007
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 07:13 MYT

Bukit Aman - 27 September 2007. Majlis Penyerahan Bungkusan Kuih Raya PDRM 2007 telah disempurnakan oleh YDH Tan Sri Musa bin Dato' Haji Hassan, Ketua Polis Negara di Mes Pegawai Kanan, Bukit Aman.

Hadir sama di majlis tersebut ialah YDH Tan Sri Mohd Najib bin Abdul Aziz, Timbalan Ketua Polis Negara,  Y.Bhg. Puan Sri Juriah binti Dato' Ahmad, Pengerusi PERKEP Malaysia, Y.Bhg. Puan Sri Fatimah binti Hamid, Naib Pengerusi PERKEP Malaysia, YDH CP Dato' Mustafa bin Abdullah, Pengarah KDN/KA merangkap Pengerusi Jawatankuasa Majlis Penyerahan Sumbangan Bungkusan Hari Raya PDRM 2007, YDH Pengarah-Pengarah PDRM, Y.Bhg. Pengerusi PERKEP Jabatan, Timbalan-timbalan Pengarah, Komander-komander Briged PGA, Marin, Unit Udara, Pegawai-pegawai Kanan PDRM serta Ahli-ahli Jawatankuasa PERKEP Malaysia.

Majlis pada pagi ini dimulakan dengan membungkus Kuih Raya Aidil Fitri 2007 oleh PERKEP Malaysia di luar perkarangan  Mes Pegawai Kanan PDRM. Satelah selesai ucapan oleh YDH Tan Sri Musa Dato' Haji Hassan, beliau menyempurnakan Penyerahan Bungkusan Kuih Raya Aidil Fitri 2007 kepada semua YDH Pengarah-Pengarah PDRM dan juga Komander-komander.

Dalam ucapan oleh YDH Ketua Polis Negara, beliau yakin bahawa apabila pegawai dan anggota yang terpaksa bertugas pada hari raya nanti, akan tersentuh dan terharu hati mereka apabila menerima sumbangan ini kerana pengorbanan mereka tetap diingati dan dihargai, bukan sahaja oleh keluarga, sanak saudara dan orang tersayang, malah oleh rakan-rakan sepasukan mereka.

Akhirnya dalam ucapan, YDH ketua Polis Negara berpesan kepada seluruh warga PDRM supaya berbelanja dengan bijak dan berhemah. Rancanglah bajet dengan teliti dan jangan mengikut hawa nafsu. Perlu diingatkan bahawa keperluan persekolahan anak-anak adalah lebih penting dan menjadi keutamaan kerana anak-anak adalah merupakan aset yang akan mengubah masa depan keluarga, keluarga sejahtera, pasukan berwibawa.

Majlis Penyerahan Bungkusan Kuih Raya Pdrm 2007
YDH Tan Sri Musa bin Dato' Haji hassan, Ketua Polis Negara bersama YDH Tan Sri Mohd Najib bin Abdul Aziz, Timbalan Ketua Polis Negara bersama-sama ahli PERKEP Malaysia membungkus kuih raya untuk diedarkan kepada pegawai dan anggota PDRM yang bertugas semasa Hari Raya Aidil Fitri.

Majlis Penyerahan Bungkusan Kuih Raya Pdrm 2007
YDH Tan Sri Musa bin Dato' Haji Hassan menyampaikan bungkusan Kuih Raya Aidil Fitri 2007 kepada YDH SAC II Roslan bin Ahmad, Komader Pasukan Simpanan Persekutuan.

ArtikelDiterbitkan 09 Jun 2014 2.46 AMDikemas kini 15 Aug 2026 7.50 PM