Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Love Scam 2 Wanita Filipina Antara 9 Yang Ditahan

Published: 12 Jun 2014 4.13 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
Pasukan Polis dari JSJK Bukit Aman telah membuat 3 serbuan berasingan di sebuah pangsapuri di Bukit Beruang, Melaka dan berjaya menahan 7 lelaki warga Afrika dan 2 wanita Filipina yang berumur lingkun..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/love-scam-2-wanita-filipina-antara-9-yang-ditahan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 09:58 MYT

KUALA LUMPUR, 30 Jan - Berbekalkan identiti palsu,janji-janji manis serta rayuan-rayuan cinta untuk mengaburi mangsa, sindiket penipuan Love Scam ini akhirnya tumpas kepada pihak polis setelah tindakan diambil hasil daripada aduan mangsa yang telah membuat laporan ke Pejabat Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman.


Pasukan Polis dari JSJK Bukit Aman telah membuat 3 serbuan berasingan di sebuah pangsapuri di Bukit Beruang, Melaka dan berjaya menahan 7 lelaki warga Afrika dan 2 wanita Filipina yang berumur lingkungan 25 hingga 37 tahun.


Tangkapan tersebut juga melibatkan barang rampasan berupa 9 unit komputer riba, 23 telefon bimbit, 2 unit Wireless Modem Router, 2 kad ATM dan 5 pasport.


Semakan mendapati 7 lelaki yang ditahan merupakan pelajar kolej swasta di Melaka serta Kuala Lumpur dan terdapat di antara mereka yang telah tamat tempoh menginap ke Malaysia sejak 2010 manakala 2 wanita tersebut juga telah tamat tempoh menginap di negara ini sejak 2012.


Berdasarkan aduan mangsa, beliau telah dijanjikan untuk berkahwin dan akan ke Hong Kong untuk berjumpa, seterusnya memasukkan sejumlah wang sebanyak RM192,621.61 kepada suspek yang menggunakan akaun bank warga tempatan.


Dalam sidang media JSJK hari ini, YDH Dato' Wira Syed Ismail bin Syed Azizan, Pengarah JSJK mengingatkan kepada orang ramai agar mengenalpasti laman-laman sosial yang menggunakan identiti palsu serta tidak memberikan butir-butir peribadi atau maklumat akaun kepada kenalan baru di internet.

Love Scam 2 Wanita Filipina Antara 9 Yang Ditahan
Sekitar sidang media pada hari ini.

Love Scam 2 Wanita Filipina Antara 9 Yang Ditahan
Antara pihak media yang hadir..

Love Scam 2 Wanita Filipina Antara 9 Yang Ditahan
YDH Dato' Wira Syed Ismail bin Syed Azizan, Pengarah JSJK mengendalikan sidang media pada hari ini.

Love Scam 2 Wanita Filipina Antara 9 Yang Ditahan
Antara barang-barang rampasan...

Love Scam 2 Wanita Filipina Antara 9 Yang Ditahan
Antara barang-barang rampasan...

Love Scam 2 Wanita Filipina Antara 9 Yang Ditahan
Antara barang-barang rampasan...

Love Scam 2 Wanita Filipina Antara 9 Yang Ditahan
Antara barang-barang rampasan...

Love Scam 2 Wanita Filipina Antara 9 Yang Ditahan
Antara barang-barang rampasan...

ArticlePublished 12 Jun 2014 4.13 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM