Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Pelancaran Hari Kelab Pencegahan Jenayah 2013

Diterbitkan: 12 Jun 2014 4.12 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Hari Kelab Pencegahan Jenayah ini adalah yang julung kalinya dilancarkan dalam tahun 2013 yang mana kelab ini adalah bertujuan bagi memberi kesedaran pencegahan jenayah pada peringkat awal di kalangan..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pelancaran-hari-kelab-pencegahan-jenayah-2013
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 07:07 MYT

KUALA LUMPUR, 30 JANUARI 2013 - "Program pada hari ini adalah satu langkah yang amat tepat pada masa dan ketikanya. Sesungguhnya para pelajar kita adalah permata yang amat berharga, dan mereka merupakan harapan masa depan negara. Mereka harus dijaga dengan baik dan dididik untuk menjadi pemimpin negara dan bukanlah perosak negara" ucap YDH Tan Sri Dato' Seri Hj Ismail bin Hj Omar, Ketua Polis Negara merangkap Timbalan Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) semasa Majlis Pelancaran Hari Kelab Pencegahan Jenayah yang dinjurkan oleh MCPF Kuala Lumpur di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Tsun Jin, Jalan Perwira, Kampung Pandan Kuala Lumpur petang tadi.

Hari Kelab Pencegahan Jenayah ini adalah yang julung kalinya dilancarkan dalam tahun 2013 yang mana kelab ini adalah bertujuan bagi memberi kesedaran pencegahan jenayah pada peringkat awal di kalangan pelajar sekolah. Program ini juga diharap akan dapat membantu pihak sekolah dalam mewujudkan suasana sekolah yang selamat.

"Para guru juga bolehlah selalu berhubung dengan pihak polis untuk khidmat nasihat, seterusnya menjalin elemen "3C" iaitu communication, collaboration dan creativity dalam melaksanakan apa-apa aktiviti yang berkaitan pencegahan jenayah" tambah YDH Ketua Polis Negara lagi sebelum mengakhiri ucapan beliau serta merasmikan Pelancaran Hari Kelab Pencegahan Jenayah ini.

Turut hadir di majlis ialah Y.Bhg Tan Sri Lee Lam Thye, Naib Pengerusi MCPF Malaysia, Y.Bhg Dato' William W.T Lim, Pengerusi MCPF Kuala Lumpur, YDH Dato' Mohmad bin Salieh, Ketua Polis Kuala Lumpur merangkap Timbalan Pengerusi MCPF Kuala Lumpur, Y.Bhg Tuan Hj Ismail bin Musa, Timbalan Pengarah Pejabat Pelajaran Wilayah Bangsar/Pudu, Y.Bhg Puan Yong Siew Chin, Pengetua Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Tsun Jin, Pegawai-pegawai kanan PDRM, Guru-guru serta jemputan media.

Pelancaran Hari Kelab Pencegahan Jenayah 2013
Katibaan YDH Tan Sri Dato' Seri Hj Ismail bin Hj Omar, Katua Polis Negara.

Pelancaran Hari Kelab Pencegahan Jenayah 2013
Ucapan aluan oleh Y.Bhg Dato' William W.T Lim, Pengerusi MCPF Kuala Lumpur.
 
Pelancaran Hari Kelab Pencegahan Jenayah 2013
Ucapan oleh Y.Bhg Tan Sri Lee Lam Thye, Naib Pengerusi MCPF Malaysia.
 
Pelancaran Hari Kelab Pencegahan Jenayah 2013
Ucapan dan perasmian oleh YDH Tan Sri Dato' Seri Hj Ismail bin Hj Omar, Ketua Polis Negara.

Pelancaran Hari Kelab Pencegahan Jenayah 2013
YDH Tan Sri Ketua Polis Negara menerima cenderamata daripada Y.Bhg Dato' William W.T Lim.
 
Pelancaran Hari Kelab Pencegahan Jenayah 2013
Y.Bhg Dato' William W.T Lim menyampaikan cenderamata kepada Y.Bhg Tan Sri Lee Lam Thye.
 
Pelancaran Hari Kelab Pencegahan Jenayah 2013
Y.Bhg Dato' William W.T Lim menyampaikan cenderamata kepada YDH Dato' Mohmad bin Salieh, Ketua Polis Kuala Lumpur merangkap Timbalan Pengerusi MCPF Kuala Lumpur.
 
Pelancaran Hari Kelab Pencegahan Jenayah 2013
Y.Bhg Dato' William W.T Lim menyampaikan cenderamata kepada Y.Bhg Tuan Hj Ismail bin Musa, Timbalan Pengarah Pejabat Pelajaran Wilayah Bangsar/Pudu.
  
Pelancaran Hari Kelab Pencegahan Jenayah 2013
Y.Bhg Tuan Hj Ismail bin Musa (kanan) menyampaikan cenderamata kepada Y.Bhg Dato' William W.T Lim (kiri).
 
Pelancaran Hari Kelab Pencegahan Jenayah 2013
Y.Bhg Dato' William W.T Lim menyampaikan cenderamata kepada Y.Bhg Puan Yong Siew Chin, Pengetua Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Tsun Jin.
 
Pelancaran Hari Kelab Pencegahan Jenayah 2013
Gimik pelancaran Hari Kelab Pencegahan Jenayah.

Pelancaran Hari Kelab Pencegahan Jenayah 2013
Antara yang hadir.

YDH Tan Sri Ketua Polis Negara menandatangani topi Kelab Pencegahan Jenayah salah seorang pelajar Tsun Jin.

Pelancaran Hari Kelab Pencegahan Jenayah 2013
Beramah mesra bersama para pelajar Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Tsun Jin.
 
Pelancaran Hari Kelab Pencegahan Jenayah 2013
Sesi sidang media.

ArtikelDiterbitkan 12 Jun 2014 4.12 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM