Pdrm Serius Perangi Pengubahan Wang Haram
Oleh : L/Kpl Edwind Indo
BUKIT
AMAN, 31 Januari – Satu Majlis Perasmian Mesyuarat Bersama PDRM Dan
Institusi Kewangan bagi tahun 2013 telah berlangsung di Dewan
Theatrette, Menara 1, Bukit Aman, pagi tadi.
Majlis perasmian disempurnakan oleh YDH CP Dato' Seri Panglima Mohamad Fuzi bin Harun, Pengarah Pasukan Petugas Khas (Operasi/Counter Terrorism) Bukit Aman.
Mesyuarat
ini adalah di bawah kelolaan Polis Diraja Malaysia bersama
Pengurus-Pengurus Bahagian Pematuhan dari pelbagai institusi-institusi
kewangan di Malaysia, iaitu saling bekerjasama serta usaha yang
berterusan memerangi pengubahan wang haram.
"Golongan
penjenayah yang mahir akan sentiasa mencari peluang bergantung kepada
keupayaan mereka dengan memanipulasi aliran wang di dalam sistem
kewangan yang ada pada hari ini. Oleh itu, hubungan yang baik dan
sokongan di antara PDRM dan institusi kewangan di Malaysia adalah satu
usaha yang murni menentang aktiviti-aktiviti dan jenayah-jenayah ini",
ujar YDH Pengarah Pasukan Petugas Khas (Operasi/Counter Terrorism) Bukit
Aman.
Turut
hadir adalah YDH SAC Dato' Ayub Khan bin Mydin Pitchay, S.A.C Litupan
Rangkaian Elemen Militan, Pasukan Petugas Khas (Operasi/Counter
Terrorism) Bukit Aman, YDH SAC Tuan Mohamad bin Ismail, Ketua Bahagian
Siasatan Pengubahan Wang haram Pasukan Petugas Khas (Operasi/Counter
Terrorism) Bukit Aman, YDH ACP Tuan Haji Khalil Azlan bin Chik, Timbalan
Bahagian Siasatan Pengubahan Wang Haram Pasukan Petugas Khas
(Operasi/Counter Terrorism) Bukit Aman, Y.Bhg Encik Mad Yusof bin Yazid,
Chariman Compliance Officers' Networking Group (CONG), Y.Bhg
Pengurus-Pengurus Bahagian Pematuhan Institusi-Institusi Kewangan
Malaysia dan Pegawai Kanan Polis.

Ketibaan
YDH CP Dato' Seri Panglima Mohamad Fuzi bin Harun, Pengarah Pasukan
Petugas Khas (Operasi/Counter Terrorism) Bukit Aman diiringi oleh
YDH SAC Dato' Ayub Khan bin Mydin Pitchay, S.A.C Litupan Rangkaian
Elemen Militan, Pasukan Petugas Khas (Operasi/Counter Terrorism) Bukit
Aman

YDH
Pengarah Pasukan Petugas Khas (Operasi/Counter Terrorism) Bukit Aman
bersama Y.Bhg Encik Mad Yusof bin Yazid, Chariman Compliance Officers'
Networking Group (CONG)



Antara Pengurus-Pengurus Bahagian Pematuhan Institusi-Institusi Kewangan Malaysia dan Pegawai Kanan Polis yang hadir

Dari
kiri... YDH SAC Dato' Ayub Khan bin Mydin Pitchay, S.A.C Litupan
Rangkaian Elemen Militan, Pasukan Petugas Khas (Operasi/Counter
Terrorism) Bukit Aman, YDH CP Dato' Seri Panglima Mohamad Fuzi bin
Harun, Pengarah Pasukan Petugas Khas (Operasi/Counter Terrorism) Bukit
Aman, Y.Bhg Encik Mad Yusof bin Yazid, Chariman Compliance Officers'
Networking Group (CONG) dan YDH SAC Tuan Moamad bin Ismail, Ketua
Bahagian Siasatan Pengubahan Wang haram Pasukan Petugas Khas
(Operasi/Counter Terrorism) Bukit Aman


Bacaan doa oleh Insp Yusmazatu Yahya bin Yusof

Ucapan
perasmian oleh YDH CP Dato' Seri Panglima Mohamad Fuzi bin Harun,
Pengarah Pasukan Petugas Khas (Operasi/Counter Terrorism) Bukit Aman











Penyampaian
Sijil Penghargaan kepada Pengurus-Pengurus/Wakil Pengurus Bahagian
Pematuhan dari pelbagai institusi-institusi kewangan di Malaysia

Penyampaian Cenderahati Kenangan

