Love Scam 2 Wanita Filipina Antara 9 Yang Ditahan
KUALA LUMPUR, 30 Jan - Berbekalkan identiti palsu,janji-janji manis serta rayuan-rayuan cinta untuk mengaburi mangsa, sindiket penipuan Love Scam ini
akhirnya tumpas kepada pihak polis setelah tindakan diambil hasil
daripada aduan mangsa yang telah membuat laporan ke Pejabat Jabatan
Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman.
Pasukan
Polis dari JSJK Bukit Aman telah membuat 3 serbuan berasingan di sebuah
pangsapuri di Bukit Beruang, Melaka dan berjaya menahan 7 lelaki warga
Afrika dan 2 wanita Filipina yang berumur lingkungan 25 hingga 37 tahun.
Tangkapan tersebut juga melibatkan barang rampasan berupa 9 unit komputer riba, 23 telefon bimbit, 2 unit Wireless Modem Router, 2 kad ATM dan 5 pasport.
Semakan
mendapati 7 lelaki yang ditahan merupakan pelajar kolej swasta di
Melaka serta Kuala Lumpur dan terdapat di antara mereka yang telah tamat
tempoh menginap ke Malaysia sejak 2010 manakala 2 wanita tersebut juga
telah tamat tempoh menginap di negara ini sejak 2012.
Berdasarkan
aduan mangsa, beliau telah dijanjikan untuk berkahwin dan akan ke Hong
Kong untuk berjumpa, seterusnya memasukkan sejumlah wang sebanyak
RM192,621.61 kepada suspek yang menggunakan akaun bank warga tempatan.
Dalam
sidang media JSJK hari ini, YDH Dato' Wira Syed Ismail bin Syed Azizan,
Pengarah JSJK mengingatkan kepada orang ramai agar mengenalpasti
laman-laman sosial yang menggunakan identiti palsu serta tidak
memberikan butir-butir peribadi atau maklumat akaun kepada kenalan baru
di internet.

Sekitar sidang media pada hari ini.

Antara pihak media yang hadir..

YDH Dato' Wira Syed Ismail bin Syed Azizan, Pengarah JSJK mengendalikan sidang media pada hari ini.

Antara barang-barang rampasan...

Antara barang-barang rampasan...

Antara barang-barang rampasan...

Antara barang-barang rampasan...

Antara barang-barang rampasan...