Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Lelaki Pakistan Diculik Rakyat Senegara Diselamatkan Oleh Po

Diterbitkan: 16 Jun 2014 8.55 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Polis menyelamatkan seorang lelaki warga negara Pakistan yang diculik pada 10 Jan, tiga hari selepas dia tiba di Malaysia untuk menguruskan perniagaan di negara ini..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/lelaki-pakistan-diculik-rakyat-senegara-diselamatkan-oleh-po
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 21:51 MYT

SHAH ALAM, 20 Januari 2012 (Bernama) -- Polis menyelamatkan seorang lelaki warga negara Pakistan yang diculik pada 10 Jan, tiga hari selepas dia tiba di Malaysia untuk menguruskan perniagaan di negara ini.

Ketua Polis Selangor Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata mangsa berusia 24 tahun merupakan seorang anak ahli pernigaan dari Pakistan tiba di Malaysia pada 7 Jan bersama bapa saudaranya dan menetap di sebuah rumah di Bandar Baru Bangi.

Beliau berkata pada hari kejadian, mangsa yang berada bersendirian, diculik oleh tiga suspek yang memecah masuk ke rumah berkenaan.

"Kumpulan penculik terbabit meminta wang tebusan RM1.7 juta daripada keluarga mangsa.

"Namun pihak polis berjaya menyelamatkan dan membebaskan mangsa dalam satu serbuan di sebuah premis di Kajang semalam. Mangsa ditemui dalam keadaan sihat," katanya kepada pemberita di sini Jumaat.

Tun Hisan berkata ekoran serbuan itu, polis menahan secara berasingan 10 lelaki warganegara Pakistan di beberapa lokasi seperti di Kajang, Banting dan di Seremban.

Katanya polis merampas sembilan telefon bimbit, lima pasport, dompet, lesen memandu antarabangsa, sebuah kereta, motosikal dan wang tunai dari kesemua suspek.

"Kesemua yang ditahan berusia 26 hingga 41 tahun itu memiliki pasport dan bekerja di negara ini secara sah. Kita masih menjalankan soal siasat," kata Tun Hisan.

Mereka ditahan reman sehingga 25 Jan ini dan disiasat mengikut Seksyen 3 Akta Penculikan 1961.

"Polis memandang serius kes membabitkan warga negara asing yang mempunyai pasport sah dan bekerja namun pada masa yang sama terbabit dalam aktiviti jenayah," kata Tun Hisan.

ArtikelDiterbitkan 16 Jun 2014 8.55 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM