Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Kes Pecah Rumah Di Melaka Catat Penurunan

Diterbitkan: 16 Jun 2014 8.56 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Kes pecah rumah di negeri Melaka mencatatkan penurunan sebanyak 3.5 peratus pada tahun lepas, kata Ketua Polis Melaka Datuk Chuah Ghee Lye..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kes-pecah-rumah-di-melaka-catat-penurunan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 04:52 MYT
MELAKA, 21 Januari 2012 (Bernama) -- Kes pecah rumah di negeri Melaka mencatatkan penurunan sebanyak 3.5 peratus pada tahun lepas, kata Ketua Polis Melaka Datuk Chuah Ghee Lye.

Beliau berkata, sebanyak 1,027 kes jenayah itu dilaporkan berlaku pada 2011 berbanding 1,064 kes tahun sebelumnya.

"Statistik menunjukkan kejadian pecah rumah ketika cuti perayaan Tahun Baru Cina tahun lepas menurun sebanyak 10 kes daripada 47 kes pada tahun 2010," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Kempen Rumah Selamat di sini, pada Sabtu.

Chuah berkata penurunan itu hasil kerjasama masyarakat, pihak swasta dan badan bukan kerajaan membantu polis menjaga keselamatan dan ketenteraman awam.

Beliau mengingatkan orang ramai mengambil langkah pencegahan dalam melindungi harta benda dan kediaman mereka daripada diceroboh penjenayah ketika menyambut perayaan Tahun Baru Cina ini.

Katanya, penghuni yang meninggalkan rumah dalam jangka masa yang panjang dinasihatkan menghubungi balai polis berhampiran supaya rondaan lebih kerap dapat dijalankan di kawasan perumahan mereka selain memaklumkan ketiadaan mereka kepada jiran terdekat.
ArtikelDiterbitkan 16 Jun 2014 8.56 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM