Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Lelaki Maut Terkena Renjatan Ketika Cuba Curi Kabel

Published: 22 May 2015 8.57 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Ipoh, 22 Mei - Seorang lelaki ditemui mati dipercayai akibat terkena renjatan elektrik di sebuah pencawang Tenaga Nasional Berhad di Taman Pantai Saujana 2, Pantai Remis, Manjung, semalam.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/lelaki-maut-terkena-renjatan-ketika-cuba-curi-kabel
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 15:15 MYT


Ipoh, 22 Mei - Seorang lelaki ditemui mati dipercayai akibat terkena renjatan elektrik di sebuah pencawang Tenaga Nasional Berhad di Taman Pantai Saujana 2, Pantai Remis, Manjung, semalam.

Ketua Polis Daerah Manjung, ACP Tengku Mohd Zailan Tengku
Ahmad Shah berkata mayat mangsa berumur 24 tahun itu ditemui dalam longkang kira-kira 4 petang.

"Hasil bedah siasat mendapati mangsa telah meninggal dunia sejak dua hingga tiga hari lepas. Ketika ditemui, mayat mangsa sudah dihurung lalat.

"Mangsa dipercayai tersentuh bahagian kabel yang mempunyai aliran elektrik pada kotak suis menyebabkan dia meninggal serta-merta," katanya.

Beliau berkata beberapa peralatan seperti alat pemotong kabel, playar dan gunting ditemui di sisi mayat.

Mangsa didapati baru keluar dari pusat pemulihan dadah, katanya.

- BERNAMA

ArticlePublished 22 May 2015 8.57 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM