Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Bayi Lelaki Masih Bertali Pusat Ditemui Di Kawasan Perumahan

Diterbitkan: 22 May 2015 8.55 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Ipoh, 22 Mei - Seorang bayi lelaki yang masih bertali pusat ditemui ditinggalkan di kawasan perumahan di Sungai Siput di sini hari ini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/bayi-lelaki-masih-bertali-pusat-ditemui-di-kawasan-perumahan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 16:53 MYT


Ipoh, 22 Mei - Seorang bayi lelaki yang masih bertali pusat ditemui ditinggalkan di kawasan perumahan di Sungai Siput di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Sungai Siput Supt Wan Jamil Wan Chik berkata bayi berkenaan ditemui pada 7.10 pagi oleh Shamsul Rizal Johari yang dalam perjalanan menghantar anaknya ke sekolah yang terletak 50 meter dari rumahnya.

"Pengadu mendakwa beliau terdengar bayi menangis dan terkejut selepas terjumpa bayi berkenaan dalam keadaan berselimut berdekatan dengan kawasan semak," katanya di sini.

Wan Jamil berkata bayi itu, yang berkulit gelap, dipercayai baru dilahirkan sebelum ditinggalkan di kawasan berkenaan.

Bayi berkenaan kini di bawah jagaan pihak hospital sementara menunggu Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk tindakan lanjut.

- BERNAMA

ArtikelDiterbitkan 22 May 2015 8.55 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM