Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Tiga Rakyat Somalia Ditahan Miliki Wang Palsu

Diterbitkan: 22 May 2015 8.57 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
George Town, 22 Mei - Polis menahan tiga rakyat Somalia kerana memiliki sejumlah wang palsu di Batu Ferringhi malam tadi.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/tiga-rakyat-somalia-ditahan-miliki-wang-palsu
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 07:46 MYT


George Town, 22 Mei - Polis menahan tiga rakyat Somalia kerana memiliki sejumlah wang palsu di Batu Ferringhi malam tadi.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Mior Faridalathrash Wahid berkata dua lelaki dan seorang wanita berusia antara 20 dan 24 tahun itu ditahan semasa pemeriksaan rutin pada 10 malam.

"Mereka ditahan ketika berkelakuan mencurigakan semasa bersiar-siar di tepi jalan di kawasan Batu Ferringhi," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata pemeriksaan menemui sejumlah 10 keping wang kertas USD100 (RM358.78) dan 10 keping wang kertas India 1,000 rupee (RM564.15) dalam dompet mereka.

Katanya polis sedang menjalankan siasatan sama ada mereka memasuki ke negara ini sebagai pelancong atau menggunakan visa pelajar.

"Kesemua mereka mempunyai pasport yang sah dan polis sedang menjalankan siasatan sumber mereka memperoleh kesemua wang palsu itu," katanya.

- BERNAMA

ArtikelDiterbitkan 22 May 2015 8.57 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM