Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Lelaki Dakwa Disamun Ditahan Beri Keterangan Meragukan

Diterbitkan: 02 Mar 2018 6.53 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.48 AM
Ipoh, 2 Mac 2018 - Seorang lelaki yang mendakwa dirinya disamun sehingga mengakibatkan kerugian wang syarikat berjumlah RM33,000 ditahan semalam kerana memberi keterangan yang meragukan.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/lelaki-dakwa-disamun-ditahan-beri-keterangan-meragukan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 18:47 MYT

Ipoh, 2 Mac 2018 - Seorang lelaki yang mendakwa dirinya disamun sehingga mengakibatkan kerugian wang syarikat berjumlah RM33,000 ditahan semalam kerana memberi keterangan yang meragukan.

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Mohd Ali Tamby berkata lelaki berumur 25 tahun itu ditahan oleh anggota Bahagian Risikan Jenayah (D9) Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh di sebuah hospital swasta kira-kira 7.30 malam.

“Kita tahan lelaki itu kerana dia ada beri keterangan yang meragukan. Lelaki itu direman tujuh hari hingga Khamis depan dan siasatan lanjut masih diteruskan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Semalam, lelaki itu mendakwa dia mengalami kecederaan pada bahagian perut sebelah kanan akibat ditikam dengan pisau oleh dua suspek ketika mahu memasukkan wang tunai RM33,000 milik syarikat ke dalam sebuah bank di Greentown di sini, Rabu lepas.

Suspek turut menyamun wang tunai peribadi milik mangsa berjumlah RM150 dan tiga cincin emas.

Siasatan polis mendapati tiada saksi kejadian dan tiada rakaman kamera tertutup (CCTV) di lokasi.

- BERNAMA

ArtikelDiterbitkan 02 Mar 2018 6.53 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.48 AM