Brite Iii Usaha Pdrm Menangani Bioincident
Kuala Lumpur, 2 Mac 2018 – Seiring menuju kepolisan moden, Polis Diraja Malaysia (PDRM) berusaha meningkatkan kemahiran serta berkongsi pengalaman dalam menangani serangan "bioincident" di kalangan para pegawainya menerusi kolaborasi latihan taktikal dan penyiasatan “Bioincident Response Investigation Training and Evaluation (BRITE) III National Workshop” bersama pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Science and Technology Research Institute for Defence (STRIDE) Malaysia, United States (U.S.) Defence Threat Reduction Agency (DTRA) Cooperative Biological Engagement Program (CBEP), U.S. Federal Bureau of Investigation (FBI) dan U.S. Department of Defense.
Majlis Penutupan “BRITE III National Workshop” ini telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Noor Rashid Ibrahim sebentar tadi di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur (PULAPOL).
Sesi latihan yang telah berlangsung selama lima (5) hari di PULAPOL memberi ruang kepada semua agensi untuk membincangkan isu-isu kolaborasi berkaitan, prosedur siasatan serta latihan teknikal berkaitan “Bioincident Respond Investigation” dalam menangani ancaman keselamatan dan keamanan negara.