Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Polis Tumpas Kumpulan Rompak Di Bintulu

Diterbitkan: 02 Mar 2018 6.50 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.48 AM
Bintulu, 2 Mac 2018 - Polis menumpaskan kegiatan kumpulan yang aktif merompak kedai-kedai runcit di sini dengan tertangkapnya lima lelaki tempatan pukul 9.50 malam tadi.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-tumpas-kumpulan-rompak-di-bintulu
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 23:20 MYT

Bintulu, 2 Mac 2018 - Polis menumpaskan kegiatan kumpulan yang aktif merompak kedai-kedai runcit di sini dengan tertangkapnya lima lelaki tempatan pukul 9.50 malam tadi.

Ketua Polis Bintulu Supt Zulkipli Suhaili berkata, serbuan diketuai oleh Inspektor Nixon Malang di pelbagai lokasi di sini hasil intipan serta maklumat orang awam yang membawa kepada tangkapan lima suspek berusia 20 hingga 24 tahun itu.

“Turut dirampas semasa serbuan dilakukan ialah sebuah kenderaan pacuan empat roda Toyota Hilux, sebilah pisau, sebatang besi, tiga unit telefon bimbit dan seunit alat pengecas mudah alih (powerbank) yang dipercayai ada kaitan dengan kes rompak kumpulan tersebut,”katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Zulkifli berkata,hasil siasatan awal mendapati kumpulan tersebut terlibat dalam tiga kes rompak di kawasan Batu 5 Jalan Bintulu-Miri, Assyarakirin Commercial Centre dan Kidurong.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 395 dan 397 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebat jika disabitkan kesalahan,”katanya lagi.- BERNAMA

ArtikelDiterbitkan 02 Mar 2018 6.50 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.48 AM