Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Lelaki Bangladesh Disyaki Rogol Remaja Oku Ditahan

Published: 15 Feb 2016 10.24 AM Updated: 15 Aug 2026 7.32 PM
Polis menahan seorang lelaki Bangladesh bagi membantu siasatan kes seorang remaja perempuan kurang upaya (OKU) dirogol di tepi tangga sebuah pangsapuri di Bayan Baru, dekat sini semalam.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/lelaki-bangladesh-disyaki-rogol-remaja-oku-ditahan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 15:37 MYT
George Town, 15 Febuari 2016 - Polis menahan seorang lelaki Bangladesh bagi membantu siasatan kes seorang remaja perempuan kurang upaya (OKU) dirogol di tepi tangga sebuah pangsapuri di Bayan Baru, dekat sini semalam.

Jurucakap polis berkata lelaki berusia 38 tahun itu ditahan kira-kira pukul 5.30 petang semalam selepas pengawal keselamatan di pangsapuri berkenaan melihat suspek dalam keadaan mencurigakan dan membawa mangsa yang berusia 13 tahun ke kawasan tangga di situ.

"Pengawal keselamatan itu memaklumkan kejadian berkenaan kepada bapa mangsa sebelum dia (bapa) bersama beberapa penduduk mencari lelaki Bangladesh berkenaan dan menemui suspek bersama remaja yang mengalami masalah lembam itu," katanya di sini hari ini.

Beliau berkata mangsa mendakwa dirogol beberapa kali oleh suspek sebelum ini dan diberi upah sebanyak RM10 supaya dia tidak menceritakan kepada sesiapa.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang Datuk Mohd Zakaria Ahmad ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan berkata remaja berkenaan dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk pemeriksaan.

Lelaki Bangladesh yang bekerja di kilang di kawasan Bayan Lepas itu direman 
selama empat hari bagi membantu siasatan, katanya.- BERNAMA
ArticlePublished 15 Feb 2016 10.24 AMUpdated 15 Aug 2026 7.32 PM