Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Polis Rampas Pil Kuda Bernilai Rm16 740 Tahan Lima Lelaki

Diterbitkan: 15 Feb 2016 1.45 PM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.33 PM
Polis menahan lima lelaki termasuk seorang yang berusia 15 tahun serta merampas 558 pil kuda (methamphetamine) bernilai RM16,740 dalam operasi di sebuah kandang kuda di Kampung Teluk Kitang di sini, malam tadi.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-rampas-pil-kuda-bernilai-rm16-740-tahan-lima-lelaki
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 12:37 MYT
kota Baharu, 15 Febuari 2016 - Polis menahan lima lelaki termasuk seorang yang berusia 15 tahun serta merampas 558 pil kuda (methamphetamine) bernilai RM16,740 dalam operasi di sebuah kandang kuda di Kampung Teluk Kitang di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Baharu ACP Baharom Abu berkata kelima-lima lelaki berkenaan yang ditahan dalam serbuan pukul 8.30 malam itu adalah anggota sindiket dikenali sebagai Seli Kuda dan polis percaya salah seorang daripada mereka adalah ketua kumpulan berkenaan.

"Hasil siasatan di kawasan kandang itu, polis menjumpai satu paket plastik hitam yang mengandungi dadah berkenaan (pil kuda) yang disorokkan di bawah zink," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Baharu di sini, hari ini.

Baharom berkata polis turut menyita sebuah kenderaan pacuan empat roda dan tiga motosikal termasuk satu yang berkuasa tinggi dengan nilai keseluruhan RM300,000.
Kesemua kenderaan yang disita dirampas dari sebuah rumah di Kampung Sabak di
sini pada hari yang sama.

Baharom berkata siasatan terhadap kesemua suspek berusia antara 15 dan 45 tahun itu mendapati kumpulan berkenaan baharu menjalankan aktiviti pengedaran dadah di kawasan berkenaan.

"Kesemua mereka tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan negatif dadah. Kami
mengesyaki mereka baharu sebulan melakukan aktiviti pengedaran dadah," katanya.

Beliau berkata kesemua suspek direman selama tujuh hari bermula semalam bagi
membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Menurutnya operasi itu melibatkan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Kota Baharu dan dibantu Unit Anjing Pengesan K9 Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan.- BERNAMA
ArtikelDiterbitkan 15 Feb 2016 1.45 PMDikemas kini 15 Aug 2026 7.33 PM