Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

401 Individu Terlibat Judi Haram Dalam Talian Di Selangor Ditahan

Diterbitkan: 15 Feb 2016 9.22 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.32 PM
Polis menahan seramai 401 individu yang terlibat dengan perjudian haram dalam talian semasa operasi sempena perayaan Tahun Baru Cina di Selangor sejak 1 Feb sehingga semalam.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/401-individu-terlibat-judi-haram-dalam-talian-di-selangor-ditahan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 22:36 MYT
Shah Alam, 15 Febuari 2016 - Polis menahan seramai 401 individu yang terlibat dengan perjudian haram dalam talian semasa operasi sempena perayaan Tahun Baru Cina di Selangor sejak 1 Feb sehingga semalam.

Ketua Polis Selangor Datuk Abdul Samah Mat berkata pihaknya telah membuat sebanyak 273 serbuan sepanjang tempoh berkenaan.

Beliau berkata antara yang ditahan adalah pemilik premis dan pemain judi.

"Dalam serbuan itu kita turut merampas 3,559 unit mesin judi dan 2,708 buah komputer yang kesemuanya bernilai kira-kira RM2.8 juta," katanya dalam sidang media selepas Majlis Pemakaian Pangkat Supt, DSP dan ASP melibatkan 41 pegawai kanan Polis Selangor di sini, hari ini.

Menurut Abdul Samah, selain serbuan judi dalam talian, pihaknya turut melakukan serbuan ke atas beberapa kegiatan perjudian haram lain iaitu loteri awam, judi dalam bangunan, judi di tempat bebas dan catit taruhan (bookie) dalam tempoh yang sama.

"Kita telah membuat 14 serbuan membabitkan pelbagai jenis perjudian haram dengan penahanan 62 individu," katanya.- BERNAMA
ArtikelDiterbitkan 15 Feb 2016 9.22 AMDikemas kini 15 Aug 2026 7.32 PM